Friday, September 14, 2012

Cerpen Dipertemukan Oleh Ilahi

DIPERTEMUKAN OLEH ILAHI

            “Derin! Kau dekat mana ni, sekejap lagi giliran kau.” Suara cemas di corong telifon menampar gegendang telinga. Bekerut keningnya risau, segera kasut di sarung dan tanganya mencapai Guzheng alat muzik tradisonal China. Laju dia mengatur langkah sambil menyarung alat muzik kesayanganya ke dalam beg dan digalas belakang badan. Tidak diperdulikan lipatan tudung yang mula lucut ditiup angin petang di taman Shuzho. Seketika deringan telifon bimbitnya berbunyi nyaring, tahu akan pemanggilnya Derin mula mengatur laju langkah berlari.
Melalui laluan jambatan yang memisahkan antara sungai, Derin mempercepatkan larian walaupun beban di belakang badan tetap tak dapat menghalangnya. Fikiranya mula mengutuk diri sendiri sebab terlewat bangun, sudahla persembahan Guzheng ni amat penting baginya.
            Dtummmmm.. bergema bunyi alat muzik Guzheng jatuh di atas jambatan. Derin sedaya upaya bangun, bekerut dahinya menahan sakit. Aish! Buta ke apa. Tak nampak dia sedang mengejar masa. Boleh pula main langgar-langgar. Kutuk Derin sambil mengibas tanganya yang mula melekat batu halus.
“maaf, saya tak sengaja. Awak ok ke?” tanya seorang lelaki yang berbaju sejuk dan bertopi menghampiri menghulurkan Guzheng kepadanya yang sudah bediri.
            “tak apa la. Saya nak cepat ni, lain kali jalan tu hati-hati sikit.” Derin malas nak memanjangkan cerita. Guzheng segera dirampas dari tangan lelaki tadi dan dia mula mengatur langkah mengajar masa. Matanya sempat memandang akan alat muzik Pi Pa milik lelaki tadi tesadai di tepi, kelihatan tali muziknya sudah tercabut. “minta maaf juga untuk yang itu.” Bicara hati Derin pelahan.

“huh! Nasib baik orang melayu juga.” Dani mengatur langkah pelahan mengambil Pi Pa miliknya.
            “ARGH!. Tali dah tercabut pula. Tak pa la, dekat sana nanti boleh baiki.” Bebel Dani sambil berlalu, dia sebenarnya turut mengejar masa.
  
Selesai Derin menghabiskan nada muzik Guzheng, teupakan gemuruh yang diterima dari penonton. Walaupun bedebar, derin masih mengukir senyuman bahagia. Akhirnya dapat juga dia buat persembahan di hadapan orang ramai, kalau sebelum ni dia hanya membuat persembahan untuk universiti kini dia sudah boleh buat persembahan untuk kerabat yang lebih tinggi martabatnya.
         Di belakang pentas Derin menenangkan diri. Turun naik nafasnya kepenatan, air mineral yang dihulur Farhani dicapai laju. Segera diteguknya, haus sangat. Itupun peluh sudah mula mengalir di dahinya. Farhani dan Nizam hanya mampu menggelengkan kepala melihat sahabat mereka.
            “wahai cik Derin Armanda, persembahan sudahpun habis. Tak kan la gementar lagi, sampai peluh keluar sakan ni.” Nizam menyakat sambil menghulurkan tisu. Farhani sudahpun pecah ketawanya.

Derin menjeling tajam kepada pasangan suami isteri di hadapanya ni.

“woi! Gile tak gabra, kali ni persembahan bukan macam dulu. Kali ni golongan kerabat pun ada sekali. Kalau Derin buat silap habislah malu universiti kita. Sudahla main alat Guzheng ni mana boleh sesuka hati je petik, nanti silap aribulan kena buang universiti sebab memalukan kaum China di sini.” Jelas Derin sambil menanggalkan kuku palsu dari jari-jarinya.
            “ye la kami tahu, saja je begurau dengan kau.” Farhani menepuk lembut bahunya menenangkan.
“sebagai tanda maaf dan hadiah sebab kau berjaya buat persembahan hari ni, Nizam belanja makan nak.” Nizam menawarkan hadiah yang sememangnya Derin tak boleh nak tolak. Sebab kelemahanya hanya pada makan, dia kuat makan. Tambah istimewa bila berat badanya tetap maintin, tak naik dan juga tak turun. Alhamdulilah! Kurniaan Tuhan.

“macam tu la sahabat. Dah jom, Derin lapar dah ni. nak makan banyak sebab ada orang tu belanja kan.” Selamba Derin mengenakan Nizam.
Membulat mata pasangan suami isteri itu dengan tingkahnya.

Beg Guzheng dicapai. Baru sahaja langkahnya mahu mengikuti Farhani dan Nizam dia mendegar alunan muzik Pi Pa dari atas pentas. Syahdu bunyi petikanya, niat mahu melihat siapa gerangan yang berkebolehan. Pelahan dia mengatur langkah ke tirai dan tanganya menyelak lembut kain yang menghalang.
            “Derin!” Farhani dan Nizam melaung serentak namanya dari luar.
“ok, nak keluar la ni.” balas Derin sambil menggelengkan kepala dan berlalu pergi.

            Selesai melipat baju, mata Derin sayu memandang Guzheng hitam berkilat miliknya. Kalau Farhani tak tegur tadi mesti dia tak perasan akan kecacatan yang mula timbul di badan alat muzik kesayanganya. Sedikit terkopak di bahagian kepala sebelah hujung, ini mesti gara-gara pelanggaran secara tak sengaja petang tadi. nasib baik la tidak sampai menjejaskan persembahanya. Kalau nak diikutkan kerosakkan Pi Pa milik lelaki yang melanggarnya lagi teruk.
            “banyak pakai duit nak baiki Guzheng. Nampak gayanya kena ‘pecah tabung’ juga.” Bebel Derin sambil menghampiri tabung berbentuk hati merah miliknya. Sejak dia sampai ke sini 3 tahun lepas, ini kali pertama dia nak ‘pecah tabung’ hadiah dari arwah papanya. Agaknya sudah banyak kut duit yang dikumpulnya semasa berada di sini. Lagipun bulan ni memang sesak nak guna duit, jadi terpaksa la dia lakukan apa yang semampu sahaja.

Bila melihat tabung di hadapan, ingantanya mula merewang jauh ke Malaysia. Kerinduan semakin menjadi-jadi pada keluarga. Sejak dia datang belajar di sini, tidak pernah walaupun sekali balik ke Tanah air. Hanya mampu mengirim khabar melalui telifon dan Facebook kepada abang dan adiknya. Arwah papa meninggal tahun lepas pun dia tidak dapat pulang, memang sangat sedih sebab tak dapat menatap wajahnya buat kali terakhir. Tapi nak buat macam mana, seperti kata abang Pian pelajaran pun penting demi masa depan. Lagipun masa tu tiada peruntukan untuk dia pulang melawat keluarga.

Dekat sini nasib baik ada Farhani dan Nizam, kalau dia sakit atau perlukan bantuan diaorang ada. Sentiasa menghulurkan pertolongan di kala susah dan senang. Pasangan suami isteri tu sudah lama berkahwin, walaupun umur mereka sebaya. Kata Farhani, sebelum dia bertolak ke sini dulu keluarga Nizam hantar rombongan masuk meminang. Dia terima sebab diaorang dari tingkatan empat sudah bercinta, lagi satu keluarga diaorang kata senang ada orang jaga antara satu sama lain.

Betul la, usia tidak menghalang kita untuk jadi matang. Dekat sini jelas dapat lihat macam mana Farhani dan Nizam bahagikan masa untuk kuliah dan rumahtangga, walaupun pada mulanya agak kekok tapi lama kemudian mereka seaakan sudah biasa. Pun begitu mereka masih belum dikurniakan anak, mungkin Allah tidak mahu membebani mereka sewaktu belajar.Di malam yang hening, Derin muhasabah diri.

            “hello!” pelahan Derin memanggil di luar pintu kedai, masih tidak kelihatan sesiapa. Yang ada hanya segala alat muzik yang masih di dalam proses pembakian. Ghuzeng di letakkan ke bawah.

Rasanya tuan kedai masih belum balik dari makan tengah hari kut. Fikir Derin sambil memerhati jam di tangan menunjukkan pukul 1.48 minit. Derin melabuhkan duduk di kerusi panjang yang berada di hadapan, boleh tunggu untuk setengah jam sebab pada pukul 3 dia ada kuliah dengan Mr.Sam.
            “yes! Nak baiki Ghuzeng ke?” sapa seorang lelaki dari arah pintu masuk yang sedikit terbuka. Dia yang baru lepas menunaikan solat Zohor menyapa wanita yang duduk membelakanginya. Sengaja dia bertutur dalam bahasa melayu kerana yakin wanita itu berbangsa melayu kerana bertudung.
Derin mengangguk sambil menghulurkan Ghuzeng tanpa memandang siapa yang menyapa. Kini alat muzik sudah bertukar tangan.

“ada sedikit kerosakan, saya harap kamu dapat baiki secepat mungkin. Lusa saya ada persembahan di universiti.” Laju Derin menuturkan katanya sambil memandang wajah lelaki di hadapanya. Setelah yakin lelaki ini juga berbangsa melayu sepertinya.
            “Biar saya lihat dulu. Silakan masuk dan duduk.” Arah lelaki tadi sambil memperluaskan pintu kedainya.

Sejak masuk ke dalam kedai, mata Derin leka memerhati sekeliling. Lelaki tadi sudah menghilang di sebalik ruang tengah yang memisahkan hadapan kedai dan ruang belakang.

“eh! Bukan ke, awak ni perempuan yang saya langgar secara tak sengaja semalam?” tanya lelaki tadi sambil melabuhkan duduk di hadapanya.

Terkejut dengan pertanyaan dari lelaki di hadapanya, Derin cuba mengimbas kembali pelanggaran semalam. Memang dia ada terlanggar seseorang, tetapi dia tak pula cam muka. Mungkin sebab semalam lelaki tu memakai topi jadi dia tak berapa perasaan.
Derin hanya mengukir senyuman segaris. Tak tahu nak kata apa.

            “saya minta maaf sangat-sangat. Ghuzeng awak jadi rosak mesti sebab terjatuh semalam kan.” Dani megeluh berat, tahu akan kesalahan diri.
Hanya anggukan sebagai tanda maaf sudah diterima.

Keadaan dewan bising dengan celoteh dari penghuninya, masakan tidak mempunyai aura sebegitu bila diberitahu bahawa kuliah besama Prof.Yin Yin dibatalkan. Lagak mereka bagaikan baru sebentar tadi sambut merdeka, Cuma bezanya dekat dalam dewan tiada mercun untuk di raikan.

Derin yang duduk di barisan ke tiga hanya tersenyum kecil melihat gelagat sahabat-sahabatnya. Walaupun berlainan bangsa bila sudah serasi besama semuanya boleh jadi satu geng, apatah lagi kalau bab seperti ini.

             “wei! Kuliah batal ni, jom kita pergi taman Shuzho nak. Dah lama tak tenangkan diri, lagipun lepas ni mana ada kuliah. Esok mula cuti seminggu, boleh la kita rancang nak bercuti dekat mana kali ni.” Wawa menghampiri Derin yang sedang duduk besama Farhani dan Nizam.

“ALAMAK! Sorry la korang, Derin lupa nak beritahu. Adik Derin nak datang sini melawat, lagipun cuti kali ni ingat nak habiskan masa besama dia. Nampak gayanya Derin tak dapat ikut korang becuti.” Derin menepuk lembut dahinya, baru teringat akan janji kepada adik lelakinya dalam telifon 2 hari lepas.

Wajah mereka sudah mempamerkan riak tidak seronok. Setiap kali cuti ada je alasan yang akan diberi olehnya, bukan apa kita fikir ke duit kan. Daripada bercuti, baik kita simpan duit. Tapi kali ni betul memang alasannya kukuh, adik kesayanganya akan tiba esok dan menemaninya sementara mereka yang lain pergi bercuti.
            “tak apa la Derin, macam la aku tak kenal adik kau tu. tahu sangat perangai dia, kalau tak ikut janji nanti memang panjang la muncungnya kan.” Nizam membela dirinya. Farhani turut mengangguk mengerti. Wawa dan sahabat yang lain dah tak boleh nak kata apa, sebab itu dah keputusan Derin dan mereka kena hormat.

“dah kalau tak boleh ikut kami bercuti, jom la petang ni kita keluar ke taman Shuzho.” Ajak Sarah sambil mengemas buku di atas mejanya.
Dewan yang tadi riuh kini mulai senyap bila ramai yang sudah mula keluar membawa segala impian sempenan cuti kali ni.

Selepas melangkah keluar dari rumah sewa, mereka bedua sudah capai kata sepakat. Hari ni hanya akan pergi ke tasik dan keluar makan, esok baru fikir nak pergi ke mana lagi. Penat juga melayan karenah gila adiknya. Baru saja sampai pagi tadi dah nak keluar petang pula, katanya tak sabar nak jelajah tempat-tempat yang diceritakan kepadanya.

            “WAH! Hensemnya adik akak ni, mesti ramai awek kejar kejap lagi. Aish!. Nampak gayanya akak kena jalan dekat-dekat la. Takut nanti kena tinggal.” Derin begurau bila melihat Badrol sudah segak berpakain seperti penyanyi k-pop yang menjadi kegilaan ramai ketika ini, ditambah lagi dengan wajahnya yang ala-ala Korea.

“biasa la akak, orang ensam nak buat macam mana.” Badrol puji diri sendiri membuatkan Derin mencebik pula. Pantang betul kalau dipuji, mula la nak ‘angkat’ diri.

Badrol baru menamatkan semester 3 di UKM dalam pengajian Fotografi kreatif, datang ke sini pun guna duit pinjaman PTPTN. Puas kena marah dalam telifon, tapi tak boleh nak buat apa. Tiket sudah dibeli dan tidak boleh ditarik balik, akhirnya Derin terima juga kedatangan adiknya dengan hati yang terbuka.

            Melihat akan perahu yang belayar pelahan membuatkan Badrol sentiasa melekat dengan kamera Nikon kesayangan. Melihat gelagat Badrol membuatkan mekar senyuman di bibirnya, tak sangka adiknya sudah besar panjang. Dulu semasa di tinggal kat Malaysia, punya la susah nak lihat dia berkelakuan macam ni. terlebih sopan, tapi kini nampak sedikit perubahan. Mungkin impak masuk ke universiti dan dibantu oleh kawan-kawan untuk bergaya.

“sayang! Jom kita pergi makan, dah lapar ni.” tiba-tiba Badrol memeluk tangan kanannya. Terkejut, tapi itu memang sudah menjadi kebiasaan. Teringat zaman dulu bila bejalan bedua mesti kena pegang tangan, sampai kalau ada yang tak kenal mesti cakap mereka ni bercinta. Padahal adik beradik, syarat utama bertambah kuat bila si Badrol ni makin tinggi dari dirinya dan wajah nampak matang.

            “eh! Peluk akak ni tak takut ke nanti awek tak jadi ngejas?” soal Derin sambil berjalan beiringan ke restoren masakan melayu yang dibina oleh keluarga muallaf di sini.

Badrol mengukir senyuman. “tak kisah pun. Yang Bad risau nanti teman lelaki akak salah faham pula tengok kita mesra macam ni.” selamba badak je si Badrol mengenakanya kembali.
Pantas kepala Badrol di tepuk pelahan, ada saja kenakalanya.
            “akak! Sakit la.” Jerit Badrol tidak puas hati sambil belari mengejar kakaknya yang sudah laju mengatur langkah di hadapan.

            Hari berganti hari, bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun akhirnya hari ni tamatlah pengajianya dengan majlis Konvokesyen yang gilang gemilang. Walaupun tanpa keluarga di sisi, Derin tetap bersyukur apabila berjaya menamatkan kuliahnya dalam pada menerima segala ujian di bumi China ni.

Kelihatan mereka yang lain turut gembira, sakan bergambar sana sini mengabadikan kenangan untuk kali terakhir. Kebanyakkan mereka yang menjadi perantauan akan pulang ke Negara masing-masing malam ni dan ada yang balik esok seperti dirinya.

            Matanya masih melekat memandang universiti yang banyak mengajar erti kedewasaan, yang menjadi saksi segala kepahitan dan kemanisan yang berlaku dalam hidupnya sepanjang berada di sini. Terasa hangat di matanya, bila-bila masa saja air mata akan mengalir. Sayu rasanya untuk meninggalkan segalanya di sini, entah bila pula dia akan menjajakkan kaki ke sini lagi. “doktor Derin! Jom kita begambar dengan semua pensyarah.” Farhani menarik tanganya.

Gelaran baru itu mula bergema di cuping telinganya, siapa sangka tidak lama lagi dia akan menjadi Doktor Psitri setelah pulang ke Malaysia. Begitu juga dengan semua sahabat pengajianya. “selamat berjuang kawan, jadilah doktor yang mampu membuahkan senyuman di bibir pesakit.” Doa Derin dalam hati.

            Selesai bergambar Derin menerima panggilan dari abangnya. Segera di jawab panggilan di hari istimewa baginya. “assalammualaikum abang long, wah! Telifon juga. Ingatkan dah lupa hari ni hari apa.” Sindir Derin dalam gurau.

“waalaikummusalam. Mana boleh lupa, tahniah sebab dah tamat pengajian, lepas ni boleh la panggil Doktor Derin kan. Kami sekeluarga tak sabar tunggu Derin balik, kami ada kejutan nak beri.” Abang long memberitahu membuatkan hatinya semakin bedebar ingin tahu lebih lanjut, tapi segera diputar belitkan oleh si abang. Argh! Tunggulah bila Derin dah sampai nanti.

Setelah berbual untuk beberapa ketika, Derin tamatkan perbualanya dan mula mengatur langkah pulang ke rumah. Ingin mengemas barang keperluan dan keluar untuk membeli hadiah buat keluarga yang menanti akan kepulanganya.
“MALAYSIA! SAYA DERIN ARMANDA BINTI ROSLI AKAN KEMBALI” laungnya di halaman rumah, melepaskan kegembiraan. Ya Allah, permudahkanlah segalanya.
           
            Laci meja di tepi katil ditarik pelahan. Segala barang di keluarkan dari beg dan di simpan ke dalamnya. Selesai mengemas Derin menggeliat malas, dari pagi sejak sampai ke rumah mak ini lah rasanya baru nak mula berehat. Tanganya menepuk bantal dan kemudian dia merebahkan kepala, matanya liar memandang ruang bilik. Semuanya masih sama seperti lima tahun dulu, Cuma bezanya sekarang cadar katil bilik sudah di tukar dari warna kuning ke warna merah hitam. Niat mahu melelapkan mata sementra tunggu solat asar, tapi fikiranya tiba-tiba teringat perbualan selepas sarapan pagi tadi besama abang long. “tak boleh jadi ni, kena tahu cerita yang selanjutnya.” Bisik nya pelahan lantas turun dari katil.

Pelahan pintu bilik abangnya ditolak. Kedengaran air pancutan bilik air, Nampak gayanya abang long tengah mandi. Segera dia melompat ke atas tilam dengan selambanya, laptop yang sedia terbuka di perhatikan. Terpampar besar gambar abang long besama seorang perempuan di skrin hadapan. Wajahnya mengukir senyuman nakal.
            “OO.. jadi ni la ‘permaisuri’ yang berjaya curi hati abang long.” Lancang mulutnya menyuarakan pandangan, setelah melihat wanita yang berbaju kurung dan bertudung manis sedang duduk di atas batu tepian pantai besama abangnya bediri di sebelah.

“ha! Apa kes ni masuk bilik abang long?” terjah Anuar yang baru keluar dari bilik air. Siap berpakain sukan dan di lehernya tersangkut tuala mandi. Sekali pandang macam Jep, ahli kumpulan lawak SEPAH.

Derin sudah mengangkat kening mengusik. Kemudian matanya menjeling laptop di sebelah, terukir senyuman manis. Seronok! Minggu hadapan keluarganya akan menerima ahli baru, alhamdulilah. Terbuka juga hati abang long nak kawen sejak kematian arwah tunang abang long dulu kak Wati.

Anuar turut tersenyum melihat gelagat Derin, cepat sahaja menghidu kenakalan satu-satunya adik perempuan yang paling manja. Dia kemudian menghampiri dan merebahkan duduk di sebelah Derin.

            “apa pandangan tentang kak Ekin? Sesuai tak dengan abang long, agak-agak dia boleh tak bahagiakan kita sekeluarga?” soal abang long memandang minta jawapan.

Derin menarik nafas panjang. “abang long ni, mesti la sesuai. Derin yakin, abang long dah tahu dulu yang kak Ekin mampu pikul tanggungjawab ni, sebab tu abang long pilih dia.”

            Anuar mengukir senyuman bahagia. “ha! Asyik tanya pasal abang long je. Derin bila lagi nak kenalkan teman lelaki dekat keluarga?” soal Anuar mengejut buatkan Derin melopong. Diam.

“abang long ni!” marah Derin sambil menghempaskan diri ke katil, dia menutup muka dengan bantal. Soalan maut tu lagi, dari China sampai ke sini soalan tu yang diajukan kepadanya. Bosan.

            PALUAN kompang menandakan pengantin tiba besama rombongan. Dari jauh beseri-seri kelihatan wajah abang long dan kak Ekin dalam persalinan busana pengantin warna kelabu. Derin yang sudah mengambil tempat di atas pentas kecil, mula mempersiapkan diri. Setelah melihat pasangan pengantin duduk, dia memperkenalkan diri dan mula bermain Ghuzeng. Kehebatan petikanya membuatkan tetamu yang datang senang hati, malah ada yang asyik dibuai kenangan lama.

            “Derin! Sini sekejap.” Laung abang long di muka pintu. Jam sudah menunjukkan pukul 8 malam, semua tetamu sudah pulang dan yang tinggal hanya saudara mara.
“yup! Ada apa, tak kan nak bekepit lagi dengan Derin. Abang long dah ada bini, marah kak Ekin nanti.” Sakatnya menghampiri. Kelihatan ada seorang lelaki di samping abangnya, tetapi dia tak berminat pun nak lihat.

Kepalanya ditepuk pelahan oleh Anuar. “ada saja nak kenakan abang long. Ni ha! Abang long kenalkan kawan abang long, Ahmad Dani. Ingat lagi tak, yang dulu masa kecik-kecik korang pantang berjumpa. Asyik nak bergaduh saja, macam anjing dengan kucing.” Terang Anuar.

Pandangan Derin dan Dani bersatu, fikiran mereka ligat mengigati peristiwa dulu.

“China!” serentak tu mereka besuara mengejutkan Anuar. Pelik, apa kena mengena dengan China?

Seketika kemudian mereka bedua ketawa besama. “oii!, korang ni kenapa, dah di sampuk setan ke. Gelak tiba-tiba.” Celah Anuar mematikan sisa tawa dua manusia yang berada di hadapanya.

            “kami pernah jumpa dekat China dulu, secara tak sengaja.” Terang Derin sambil memeluk tubuh.
Dani mengangguk mengiakan. “kali pertama pelanggaran secara tak sengaja, kali kedua si Derin ni datang baiki Ghuzeng dekat kedai atuk aku dan kali ketiga dekat sini.” Dani menambah kata.

Kini giliran Anuar gelak sakan, lucu. Tak sangka takdir tuhan menemukan mereka  kembali, itu pun dalam keadaan saling tak mengenali. Mana tak nya, masa Dani meninggalkan kampung waktu tu Derin baru darjah 5 dan bertemu kembali bila dah berumur 24 tahun. Kalau dia pun memang tak kenal dah kalau selisih bahu di jalan raya.

Derin serta Dani yang melihat Anuar masih gelak dan tiada tanda mahu berhenti terus berlalu meninggalkan Anuar setelah melihat isterinya sudah menghampiri. Walaupun wajah kak Ekin jelas menunjukkan hairan, kenapa suaminya ketawa tanpa henti.

Patut la dulu bila ada orang tanya. Kenapa Derin tak mahu cari pasangan, dia hanya diam. Sebab dia sendiri tak ada jawapanya, hanya yang pasti sejak pemergian Dani dari hidupnya dia rasa kosong. Walaupun ada keluarga dan kawan-kawan, tetapi sebahagian hatinya masih menyimpan nama lelaki di hadapan nya sekarang. Teringat dulu waktu mereka besama, pantang besua muka ada saja benda yang boleh terbit pergaduhan. Tak kira lelaki dan perempuan, masa tu asyik pikir nak menang je.

            “hei! Aku tak kisah la kau nak pergi mana pun. Yang pasti lepas ni aku bebas, dah tak ada orang boleh cari gaduh dengan aku.” Tepiknya suatu ketika dulu, saat Dani datang mengkhabarkan pemergianya kepada abang long. Masa tu Derin baru darjah lima dan Dani tingkatan 1.

“aku pun puas hati sebab dapat lari dari kau, lama aku dekat kampung ni boleh keluar tanduk jahat aku serupa kau. Hei! Minta dijauhkan.” Balas Dani berani. Tidak kisah walaupun waktu itu ada Anuar di sisi.

Ketawa mereka bedua memecahkan imbasan kenangan lama. Hakikatnya selepas sebulan mereka tak jumpa, segalanya telah berubah. Derin yang garang kini sudah mula hilang taringnya, Dani yang mana dulu suka bersukan lebih menumpukan pada muzik Pi Pa. mereka berdua saling merindu, tapi masih tidak mengerti ataupun lebih tepat tidak mahu mengakuinya. Di malam yang pekat di temani bintang-bintang berkelipan dan di sinari dengan bulan yang terang menjadi saksi perhubungan mereka berdua.

            “kalau Derin izinkan, bulan depan Dani nak bawa keluarga masuk meminang Derin.” Lancar sahaja permintaan dari lelaki yang duduk di hadapanya kini. Seperti ayat itu sudah di hafal sekian lama dan sentiasa bermastautin di bibir serta mindanya.

 Di bawah khemah kenduri yang masih belum di buka Derin melepaskan keluhan kecil. Adakah ni yang di namakan takdir dari Ilahi? Sengaja di pertemukan untuk membina perhubungan baru. Pelahan dia bangun dari kerusi dan memandang tepat wajah Dani.

Melihat kelakuan Derin, Dani sudah seperti cacing kepanasan. Berpeluh menanti jawapan, jantungnya berdegup kencang seperti baru lepas buat larian pecut 100x meter sebentar tadi. dia turut bangun berhadapan Derin, wanita pertama yang berjaya membuatkanya setia sehingga kini.

            “sesungguhnya, itu adalah pilihan yang terbaik.” Derin memberi jawapan.

Mendegarkan persetujuan dari Derin membuatkan nya seperti tidak mahu bangun dari alam mimpi, tetapi kini dia lagi betuah sebab kini dia dalam alam realiti. Terukir senyuman di bibirnya.

            “alhamdulilah.” Serentak ahli keluarga yang memerhati di belakang besuara. Entah bila diaorang curi dengar pun tak tahu la. Yang pasti Derin dan Dani sudah terkejut sebab di perhatikan mereka semua. 

Tuesday, September 4, 2012

Cerpen >> Cinta Istana

CINTA ISTANA
Istana, itulah kediamanku. Kediaman yang diidamkan oleh setiap orang, aku pun tak faham dengan pemikiran diorang semua tentang status kerabat diraja ni. kata mereka menjadi golongan diraja ni best, ada pengawal peribadi, ada pembantu yang nak buat apa pun diorang dah tolong sediakan, tak payah pening fikir pasal duit, menjadi anak emas dan paling penting dapat menjadi tumpuan serta tidak langsung menjadi idola setiap orang. Wah! Dengar memang best, terasa dunia istana ni seperti mereka yang punya. Argh! Semua itu bayangan diorang, sedangkan aku yang menghadapi ni merasa tidak seronok langsung. Begelar cucu kepada sultan ahmad dhani yang menjadi ketua agama Negara memang menyerabutkan fikiran. Eh! Cohp-chop, jangan fikir aku tak suka pada atuk aku, maksud aku semua peraturan istana memang membosankan. Mana tak nya, ada pengawal peribadi seramai 8 orang untuk aku sahaja. Aku ulang, untuk aku sahaja. Em, nasib baik yang berada betul-betul dengan aku hanya 4 orang, Dan 4 lagi menjaga dari jauh. Terasa macam dikongkong bila nak buat apa pun diperhatikan. Pembantuku pula seramai 6 orang, layanan memang hebat. Seperti aku ni baby lagi sedangkan umurku sudah menjangkau 22 tahun. Setiap hari kena tadah telinga dengar pertanyaan mereka, nak pakai baju apa, nak makan lauk apa, dan macam-macam lagi la. Dan duit, yang ini memang aku tak nafikan. Nasib baik juga aku telah tubuhkan kelab sasterawan bagi pelajar kurang upaya, sekurang-kurangnya dapat juga aku salurkan duit yang bertimbun-timbun tu di dalam kelab. Menjadi anak emas, huh! Memang tak dapat nak tolong, emas la sangat. Menjadi sasaran para wartawan? Em, tak menggembirakan langsung. Mungkin orang di luar sana tidak merasai apa yang aku rasa, jadi mereka boleh buat andain.
“boleh, nanti saya akan bantu sedaya upaya. Insyaallah, minggu hadapan saya dan anak buah saya akan datang. Terima kasih sekali lagi.” Henfon ku matikan, panggilan daripada pembantu rumah kebajikan di ibu kota betul-betul membuatkan aku seronok. Alhamdulilah, dapat juga aku pegang ‘mikrofon’ kembali setelah 2 bulan menyepi akibat kecederaan di tumit kaki, yang menyukarkan aku berjalan jauh untuk memberi ceramah motivasi. 
kelihatan pintu rumah dikuak dan terpancul sekujur tubuh wada yang berpakaian kemas ke pejabat sedang tersenyum kepadaku. Dia ni kawanku sejak 4 tahun lepas, yang membantuku setelah aku lari dari istana. Hah! Jangan nak buat terkejut, aku memang nekad dengan keputusan meninggalkan istana di johor. Dan sekarang ni aku sudah menetap sementara di cardoba. Aku membalas senyumanya dan seraya mengangkat kening tanda kesenangan. 
“hah! Yang kamu ni kenapa senyum sampai macam tu. ada berita baik ke wahai puteri alisya syazira?” soal wada sambil melabuhkan duduk di sofa bersebelahan aku. Tersentak sebentar aku mendegar dia memanggilku dengan gelaran puteri, terasa peluh mula merembeskan aktivitinya. 
“hoi! Kenapa ni. berangan sudah nak jadi golongan diraja?” sergah wada sambil menepuk tangan menyedarkan aku. Pantas sahaja kepala ini menggeleng laju, “mana ada, tapi kalau jadi pun best apa.” Sakatku pula. Wada sudah mencebik dengan anganku ini, walaupun status itu memang kenyataan. Biarlah, sampai masa nanti akan ku khabarkan padanya siapa aku yang sebenar. “cepatlah cerita, apa yang best sangat. Kau dapat panggilan buat ceramah lagi ke?. Soalnya tidak sabar membuatkan aku tersenyum bahagia.

Selesai sudah aktiviti ceramah motivasi tentang pelajaran kepada anak-anak yatim di cardoba, inilah kelab kebajikan islam pertama yang ditubuhkan oleh kawanku. Dan kelab ini juga mengalu-alukan kedatangan orang bukan islam, mana tahu dengan jihad mengajak ke arah islam akan membuatkan mereka memeluk islam. alhamduliah, sekarang sudah 20 peratus anak-anak yatim di sini sudah memeluk islam. Dan isnyallah akan ada lagi yang bakal menyusul mencari cahaya ke arah kebenaran yang hakiki. Aku tersenyum senang sambil berpeluk tubuh melihat anak-anak muda yang sudah remaja  itu bercerita sesama mereka, tergelak seperti ada yang melucukan. Aku menjadi seronok, damai sahaja jiwa ini apabila dapat menolong mereka. Seolah-olah aku baru sahaja menolong kaum keluargaku sendiri. 
“terima kasih lisya, terima kasih sebab sudi datang memberi ceramah dekat kelab aku ni.” Elena menepuk bahuku dari belakang. “sama-sama, dah tanggungjawab aku. Nanti jangan la pula kau segan kalau perlukan bantuan aku untuk kelab ni.” aku memberi cadangan. “banyak dah kau sumbangkan, segan pula aku kalau minta tolong kau lagi.” Elena merendah diri. “jangan cakap macam tu, kita kenal dari kecil lagi kan, sekolah sama hinggalah ke universiti yang sama. Tak salah rasanya aku membantu kawan yang sentiasa memahami aku.” Aku menyakinkan pula, agar dirinya terasa dihargai. “aku takut orang lain pandang aku dengan fikiran yang bukan-bukan. Ye la, kau ni kan cucu diraja. Nanti..” “eh! Jangan fikir macam tu. aku ikhlas tolong kau, pedulikan kata-kata negatif mereka. Hanya aku tahu perangai sebenar kau” aku memotong kata-katanya. Elena sudah menunduk malu. “sudahla tu, kau kawan aku. Itu sahaja yang aku tahu. Tak payah fikir pandangan negatif orang lain.” Pujukku lagi sambil memeluknya.
 Seketika kemudian terasa hujung bajuku ditarik. Aku menoleh dan melihat anak kecil Elena yang berumur 3 tahun sedang memandangku sambil menghulurkan gula-gula. “kenapa bagi auntie gula-gula?” tanyaku pelik. “terima kasih sebab tolong mama.” Kata-katanya membuatkan aku terharu, pantas sahaja anak kecil itu aku cium sebagai tanda kasih. “ya Allah tabahkanlah dua beranak ini menghadapi dugaan darimu, sebagaimana engkau tabahkan hatiku.” Doaku pohon pada yang maha esa.
“banyak dah kau sumbangkan, segan pula aku kalau minta tolong kau lagi.” Kata-kata dari Elena pagi tadi masih tergiyang-ngiyang di pendengaranku. Kasihan kawanku itu, diceraikan suami hanya kerana silap sedikit. Silap kerana mengajaknya bersolat, suaminya itu seorang muallaf. Islam hanya permulaan dalam berumah tangga, sekian itu suaminya berubah laku. Tidak tahan agaknya godaan syaitan yang menyesatkan. Akhirnya Elena ditinggalkan terkontang-kanting sendiri di sini, sehinggalah aku berjumpa denganya kembali pada 2 tahun lepas. Elena mengambil keputusan menetap di sini, tidak mahu kembali ke Malaysia. Katanya malu hendak menunjuk muka pada orang kampung, malu kerana tidak dapat membimbing suami ke arah islam yang sebenar. 
Perkahwinanya membuatkan aku jadi takut untuk menghadapi situasi alam rumah tangga, itu sebab mengapa aku menolak pinangan aidil untuk memperisterikan aku. Aidil seorang lelaki islam yang menetap di sini sejak kecil, sekarang begelar pengarah muda bagi syarikat construction yang melibatkan pembinaan dan rangka-rangka kerja di Negara cardoba ini. rupanya memang menjadi kegilaan ramai wanita, tetapi aku yang dipilih. Katanya aku ni bermuka manis, pandang sahaja sudah mendamaikan jiwa. Terasa nak gelak ada juga dengan kata-katanya itu, entah benar atupun tidak. Elena dan wada banyak kali sudah memarahi aku kerana tidak menerima aidil. Entahlah! Aku masih terasa kekosongan, biarlah aku mengubati luka lama. Kemudian baru aku buka lembaran baru. Tiba-tiba pertemuan pertama dengan aidil menjelma, pertemuan di mana telah menjadikan kami sebagai sahabat.
Aku melepaskan lelah di belakang tembok, nafasku sudah tidak teratur akibat belari terlalu laju tadi. beg tangan dan bagasi pakaianku sudah terlepas dari tangan dan berada di sisi. Aku menoleh kembali ke belakang, melihat melalui celah-celah tembok tempat ku bersembunyi. Kelihatan 4 orang permuda yang berkot hitam dan memakai earfon bewarna hitam di telinga masing-masing. Salah seorang dari mereka tiba-tiba memegang telinganya dan seketika kemudian mulutnya terkumat-kamit bercakap. Memberitahu khabar mungkin akan kehilanganku pada keluarga di Malaysia. Lapangan terbang di cardoba ku pandang sekilas, sampai juga aku ke sini akhirnya. Melihat akan kelekaan pengawal peribadi yang sedang mencari kelibat aku, aku mengambil kembali beg tangan dan bagasi. Besedia mahu lari sekali lagi. 
Aku mengumpul kekuatan dan baru sahaja aku menoleh aku sudah berlanggaran dengan seseorang. “sorry, I have no see” ucapku polos akan kesalahan diri sambil memandangnya. “it’s ok” balas lelaki yang bediri di hadapanku. Baru sahaja kami mahu melangkah pergi tiba-tiba kami tertarik ke belakang kembali, rupa-rupanya gelang yang dipakai aku sudah tersangkut pada hujung baju lelaki tadi. pada masa yang sama aku dapat mendegar suara pengawal memanggilku. Dengan perasaan takut secara tiba tiba aku telah menarik tangan kanan lelaki tadi mengikutku belari. “hei! What this?” soal lelaki tadi, tetapi masih mengikutiku. “im sorry, I have problem. I hope you can help.” Balasku pula sambil melepaskan tanganya dan menjinjing bagasiku.

Setelah jauh dari lapangan, baru aku berani berhenti di stesen bus stop. Sekali lagi aku melepaskan lelah, kelihatan lelaki yang aku heret sekali turut keletihan. Aku memandangnya pula. “im relly sorry. Tkhanks a lot” aku besuara sambil cuba menanggalkan gelang yang tersangkut pada hujung lengan baju yang dipakainya. “hei! Awak ni dari Malaysia?” lelaki itu besuara membuatkan aku memandangnya terkejut. Baru aku perasaan wajah di hadapanku ini adalah wajah asia, sudah pasti dari Malaysia juga. Aku mengangguk sambil menyimpan kembali gelangku di dalam tas tangan. “ada masalah ke?” soalnya lagi. “a’ah. Tapi dah ok dah sekarang.” Jawabku dengan perasaan malu apabila terfikirkan keterlanjuran kerana memegang tanganya, tetapi nasib baik ada alas baju tadi. aku membetulkan tudungku pula tanpa memandang lelaki tadi yang masih bediri di sisi. “saya aidil, nama cik pula?” tanyanya ramah. “panggil sahaja lisya.” Kelihatan dia mengangguk akan jawapanku. “dari mana nak ke mana?” soalnya lagi membuatkan aku mengerutkan dahi. Pelik dengan keramahan lelaki ini, padahal aku sudah minta maaf akibat kesalahanku, sekarang dia nak apa lagi. Aku sekarang nak besendirian.
 Melihat akan reaksi tidak senang aku lelaki tadi seperti serba-salah, tahu mungkin apa dalam fikiranku ini. “erk! Maaf. Saya banyak Tanya pula. Ni kad saya, kalau ada sebarang masalah boleh lah telifon saya.” Lelaki yang benama aidil itu menghulurkan kad kecil bewarna putih kepadaku. “terima kasih” jawabku ringkas. “cepatlah pergi dari sini, aku segan la duduk dengan orang yang aku tak kenal.” Bebelku dalam diam. “saya pergi dulu.” Aidil kemudian berlalu ke arah lapangan terbang kembali setelah menerima anggukan daripada aku. Dari jauh aku melihat dirinya menggelengkan kepala, terasa mungkin akan perangaiku. Sudahlah dia menolongku tadi, boleh pula aku layan dia lebih kurang je. Aku memandang kembali kad pemberianya. “Muhammad aidil qais bin zulkifli”, aku memandang bawah namanya pula. “director construction!” separuh menjerit aku melihat jawatanya.
Aku sudah mandi dan menyalin pakain di tandas, sekarang aku kena fikir mana arah tuju aku hendak pergi. pakain sejuk sudah aku sarung di badan, keadaan cuaca malam di Negara ini memang sejuk. Perutku juga sudah berbunyi, tapi aku tak tahu nak beli apa. Adakah halal ataupun tidak makananya, macam mana layanan diorang pada aku. Argh! Semuanya bersatu dalam fikiranku kini. Menyesal pula rasa lari daripada istana, tetapi aku tidak boleh patah balik. Ini pilihan aku. 
Aku mengambil keputusan berehat di bangku menghadap laut, kelihatan indah pemandanganya. Kemerian di kawasan sini menarik hati kecilku untuk tertawa sendiri apabila teringatkan peristiwa petang tadi besama lelaki yang bernama aidil. “hah! Aidil, patut ke aku minta tolong darinya?” aku bermonolong sendirian. Bukan aku tak boleh cari hotel, tapi aku nak jimat. Kehilanganku ini mungkin menyebabkan ayahda menyekat perbelanjaan kad bank ku. Sedangkan aku masih memerlukan masa untuk menyesuaikan diri di sini dan belajar berdikari. Kalau sebelum ini semua orang yang mengaturkan semuanya, biarlah kali ini aku buat belajar sendiri. 
Aku kerling pada jam tangan pemberian bonda pada hari lahirku tahun lepas, jam menunjukkan angka 9.12 malam. Melihat akan jam silver ini ingantaku teringkat bonda. “mesti bonda marah kan, maafkan anakda lisya” aku besuara pelahan. Kad pemberian aidil aku ambil dari tas, dan aku mendail nombornya. Harap bantuan daripada insan yang baru dikenali itu.

Aku kini sudah berada di dalam kereta milik aidil, baru lepas makan malam di restoran halal yang terdapat di kawasan sini. Sekarang kami dalam perjalanan ke rumah kawan perempuanya yang merupakan kekasih adik angkat aidil. Nasib baik ada yang sudi membantu, aku bersyukur sangat. Setelah 1 jam perjalanan, kereta aidil berhenti di hadapan apartment milik wada kekasih adik angkatnya. Kami beiringan bejalan ke tingkat 3, bagasiku dipegang aidil. Sekilas aku memandangnya, terasa seperti ada keistimewaan pada wajahnya. 
Tersenyum sendiri aku tanpa sedar yang aku kini sudah sampai di hadapan pintu rumah wada. Baru sahaja aidil mahu mengetuk pintu, pintu itu terlebih dahulu terkuak dan terpancul wanita yang lebih kurang sebaya aku berpakain baju tidur. “hei! Dah sampai pun, marilah masuk. Lisya kan?” Tanya wada padaku. “a’ah, terima kasih sebab sudi bagi saya tumpang di sini.” Jawabku ikhlas. “kawan dari satu Negara, mestilah wada tolong.” Beg dari tangan aidil pantas dirampasnya. “jom masuk lisya.” Ajak wada sambil menarik tanganku. “eh! Lupa, kau aidil nak apa lagi. Tak kan nak tidur dekat sini pula.” Seloroh wada membuatkan adil ketawa senang. “aku tahu la, aku balik dulu.” Balasnya pula. “terima kasih” ucapku padanya sebelum berlalu. “terima kasih abangku!” laung wada pula pada aidil yang sudah menjauh, balasan daripada ucapanya aidil melambaikan tangan ke arah belakang tanpa menolehnya.
Kini lapangan terbang di cardoba aku perhatikan, kalau dulu aku sampai di sini dari Malaysia. Sekarang aku berada di sini kerana mahu pulang pula ke istana, panggilan daripada suraya yang menjadi mata-mataku dalam setiap perkembangan penghuni di dalam istana betul-betul menyentak perasaanku. Nenda jatuh gering sudah lebih seminggu, sekarang aku kena balik melihat keadaanya. Panggilan menaiki kapal terbang membuatkan aku mencapai tas tangan dan bagasi. Perjalan menuju ke dalam kapal terbang membuatkan aku mengalirkan air mata tanpa sedar, tahu dengan kepulanganku ini tidak mungkin akan aku kembali ke sini. Sedih akan meninggalkan kenangan besama semua di sini, sedih mengenangkan keadaan Nenda, sedih akan kesalahan diri lari dari istana dan menetap di sini lebih kurang 4 tahun tanpa khabar berita, sedih akan berpisah dengan aidil. 
Sepatutunya petang ini kami akan berjumpa, kehadiranku akan membuatkan aidil gembira kerana aku telah menerima dirinya menjadi kekasih, tetapi jika aku tidak datang bermakna dirinya tiada harapan menungguku. Tapi kini aku harus utamakan nenda daripada dirinya, aku terpaksa lupakan perasaan cinta yang melangit, keputusan yang telah aku fikirkan sedalamnya untuk menerima aidil hadir dalam hidup kini terpaksa terkubur. Situasi yang mendadak ini mengigatkan aku akan hukum karma Allah, agaknya inilah balasanku kerana meninggalkan bonda dan ayahda tanpa berita. Terpaksa aku menerima kehilangan aidil, “maafkan lisya. Mesti aidil kecewa kerana ketikhadiran lisya membuktikan lisya tidak menyukai aidil. Tetapi hakikatnya, lisya sayang akan aidil. Ketahuilah hanya aidil kini yang berjaya mengubat luka lisya.” Aku memberitahu pada angin lantas melangkah menaiki tangga ke dalam kapal terbang, angin sampaikan pesanku.
“puteri alisya, bonda panggil menghadap.” Pembantuku suraya memberitahu sambil menunduk hormat kepadaku. Aku yang sedang menyulam sutera untuk hadiah kepada aidil pada hari lahirnya tahun ini sudah aku simpan di dalam laci meja solek. Hadiah yang sepatutnya sampai pada aidil tidak aku kirimkan, masih tersimpan dalam kotak. Sudah 1 tahun aku kembali di sini, dan perasaanku pada aidil masih segar mewangi, aidil sekarang mungkin sudah bekerluaga. Kecewa dengan jawapanku kerana menolaknya. Baguslah, sekurang-kurangnya aidil bahagia. 
Pintu ruang tamu dibuka oleh pengawal peribadiku. Seketika aku bolos ke dalamnya, kelihatan bonda dan ayahda tersenyum memandang. Terdapat juga beberapa orang yang sangat aku kenal, siapa lagi kalau bukan golongan diraja perak. Kedatangan mereka mungkin membincangkan masalah Negara, tetapi apa kena mengena dengan aku. Saja mungkin kenalkan aku sebagai puteri bongsu dalam keluarga ini.
Lamaran daripada golongan diraja perak telah aku terima setelah 2 minggu berfikir, biarlah kali ini aku membuatkan kedua orang tuaku gembira bagi menebus kesalahan dulu. Lagipun memang tiada harapan untuk aku terus menunggu aidil, jika berkemungkinan juga belum tentu bonda dan ayahda terima. Kerana aidil dari golongan biasa sedangkan mereka golongan diraja.
Hari ini putera ke-3 diraja perak akan hadir untuk majlis makan malam, dan aku akan berkenalan denganya. Lagi 3 bulan kami akan disatukan, pihak media juga sudah tahu perkahwinan kami ini adalah dasar hubungan diplomatik. Gaun muslimah bewarna merah darah dan tudung yang berlilit kemas di badanku cukup menyakinkan aku untuk hadir majlis malam ini. kelihatan daripada jauh seorang lelaki menghampiri aku besama topeng yang menutup mata dan hidungnya. Bibirnya mengukir tersenyum memandangku. 
“jadi inilah puteri alisya?” soalnya padaku. “ye, saya.” Balasku sopan. “alhamdulilah, nampaknya pilihan bonda dan ayahda saya tidak silap. Dan keputusan saya sendiri menerima alisya telah menemukan kembali cinta lama saya.” Balasnya bersahaja membuatkan aku sedikit pelik. “erk!, maksud putera?” aku bertanya kehairanan. Putera ketiga itu membuka topengnya di hadapanku. “saya maksudkan ini.” jawabnya. Aku sudah bedebar memandang wajahnya, wajah yang diridui. “aidil!” separuh menjerit aku memanggil namanya. Kedua bonda dan ayahda kami memandang pelik situasi pertemuan aku dan aidil, di wajah mereka penuh dengan pelbagai persoalaan.
 “kalau kita lari sejauh mana pun, terpisah jauh pun, cinta Allah tetap akan menemukan kita kembali.” Aidil besuara membuatkan aku mengangguk menahan air mata, air mata kegembiraan. Ini takdir Allah yang tidak dapat dibayangkan. Percayalah sekali diriNYA mengkhendaki, nescaya akan berlaku. Alhamdulilah!.