Wednesday, July 11, 2012

KES CINTA??

Kes cinta

            Hujan turun membasahi bumi, memberi harapan kepada segala tumbuhan yang hidup untuk terus mekar dan mendamaikan alam yang semakin pupus dimamah segala keganasan. Dari penerbangan yang berluasa dan hakisan bukit bukau, semuanya menyebabkan kepanasan global yang meningkat tinggi suhunya. Bunga-bunga yang terdapat di kawasan hospital seaakan tersenyum riang, menari mengikut arus aliran angin yang menyapa. Keadaan sunyi di ruang hadapan kaunter hospital, tidak ramai yang mendaftar masuk. Beberapa jururawat kelihatan berulang alik ke setiap wad, memastikan pesakit mereka berada dalam keadaan yang selesa.

Derap kasut tumit tinggi melantunkan volume yang sederhana kuat, melangkah seaakan sedang mengejar masa. Dari kasut naik ke kaki, empunya diri memakai kain kembang labuh yang bewarnakan ungu muda, dipadankan dengan baju feminim berlengan panjang putih bersih. Diteliti pada wajahnya, bibir kecil yang hanya tercalit sedikit lim bam pink, wajah mulus putih terselah setelah mengenakan pemerah ppi yang nipis. Berkaca mata hitam dan bertudung sedondon warna kain yang dipakainya. Terhenti langkahnya di hadapan pintu besar hospital.

            Farisya mengeluh geram. Tangan kiri yang memegang beg tangan jenama guess digenggam kemas menahan marah. Tapak tangan kanan yang berbalut kain putih di lihat sekali lagi. Diketap bibirnya, cuba menenangkan diri. Kalau bukan kerana kes orang gila yang perlu diselesaikanya, dia tak payah bersusah sampai begini sekali membahayakan diri. Satu keluhan kecil dilepaskan, tetapi kali ni dengan penuh berhati-hati. “ok Farisya! Tak baik merungut. Kerja amal macam ni banyak pahala. Ingat! Allah suka akan hembanya yang saling membantu, lagipun sifat sabar itu kan manis.” Farisya besuara pelahan mengigatkan dirinya. Terus langkah diayun ke kereta, tanpa menghiraukan hujan lebat yang menimpa dirinya.

Tapak tangan yang berbalut akibat tusukan pen yang tajam, terpaksa mengenakan 3 jahitan bagi menutup luka yang terbuka. Kejadian pagi tadi masih segar di ingatan Farisya, pergelutan yang menyebabkan dirinya tercedera, tetapi ini bukan kali pertama. Dalam  tahun  pertama dia berkidmat sebagai doktor pelatih pskitri di sini sudah 6 kali dia tercedera. Kereta swif merah metalik miliknya meluncur laju meninggalkan pengkaran hospital.

Farid yang sedang menonton rancangan CSI di astro 701 terganggu perhatianya apabila melihat Farisya melangkah masuk ke rumah dengan tangan berbalut. Dipandang wajah adiknya yang sedang menghempaskan diri di sofa bersebelahanya, sekilas ditengok memang kes berat kali ni.

“macam mana boleh luka ni?” soal Farid bimbang. Diteleknya tangan Farisya yang berbalut. “kena tusuk dengan mata pen  la.” Adu Farisya manja. “eh! Doktor pun boleh luka juga ke?” soal Farid mengusik. Pantas sahaja bantal merah mendarat di tangan kananya, di pukul oleh Farisya. Meletus ketawa Farid, adiknya tu hanya buat muka bodoh. Malas melayan, dah biasa dengan perangai gila abangnya sejak dari zaman sekolah menengah lagi.

 Farisya kemudian merebahkan dirinya ke sofa panjang, cuba melelapkan mata. Mengantuk seharian dengan fail yang berlambak ditambah lagi kes pagi tadi membuatkan dirinya letih sepanjang hari. Dia dibenarkan cuti selama 2 hari untuk berehat. Farid yang memerhati hanya tersenyum nipis melihat Farisya. Adiknya sudah matang untuk meniti kehidupan, tidak seperti dulu yang tahu hidup cuma untuk keseronokan. Walaupun sakit yang diterima, Farid tahu adiknya itu mampu  hadapinya. Sudah jenuh dia menghadap muka Farisya yang dalam masalah, namun  tetap dengan usahanya untuk tidak mengalah. Tabah sungguh diri adiknya yang sorang ni.

Farid kembali menonton  rancangan kegemaranya, walau jam sudah menunjukkan pukul 5.18 minit petang. Kesempatan dapat balik awal dari pejabat menyebabkanya dapat berehat seketika. Ayah mereka belum balik dari pejabat, urusan besama syarikat luar Negara betul-betul membuatkan ayahnya itu sibuk sepanjang beberapa bulan ni, semuanya bagi memastikan segalanya berjalan dengan lancar. Dirinya pula hanya diperlukan apabila melibatkan perundingan dengan wakil dari luar Negara berkenaan urusan ekspot import kereta dengan syarikat mereka. Tanpa sedar dirinya turut sama tertidur di ruang tamu, membiarkan pelakon-pelakon drama hanya bermaharajalela tanpa penonton.

Farisya melangkah lemah ke meja makan. Sesekali dia menguap kecil dan tangan kananya menggosok mata, terasa mengantuk lagi. Mana taknya, lewat malam tadi dia tiba di rumah atuk. Dipaksa si Farid menghantarnya ke kampung malam  tadi, nasib baik abangnya tu pun meminta kebenaran untuk cuti dengan ayah mereka.

            “Baru bangun, solat subuh  tak” soal nenek Piah sambil meletakkan goreng pisang yang masih panas di atas meja. “jepun datang menyerang nek.” Balas Farisya spontan, lalu duduk di meja. “hah! Apa kamu kata?” soal nenek Piah pula terpinga-pinga tidak mengerti. Farid yang mendegar ketawa tanpa dipinta, kesian neneknya kena kacau dengan otak gila adiknya.
            “masalah wanita la nek.” Farid besuara dengan sisa tawanya, dia pantas duduk di sebelah Farisya yang sudah pun merebahkan kepala di atas meja.
Nenek Piah mula mengerti, kini dia pula tersenyum kecil. “betuah  punya budak, kenakan kita”
            “adik, abang nak cakap sikit ni.” Farid besuara sambil menyiku lengan Farisya.                                      “mmmmm, apa dia?” Farisya bertanya malas, matanya masih rapat tertutup.
            “tadi ada orang cari adik, katanya dia peguam keluarga pesakit yang adik cederakan semalam.” Soal Farid berhati-hati. “apa?” Farisya segera bangun dan memandang abangnya, cuba mencari kejujuran. Abangnya tu bukan boleh  pecaya sangat. Tak pasal-pasal dia kena main lagi. Farid mengangguk, wajahnya serius.

“malam tadi peguam tu telifon, dia ajak jumpa. abang cakap la adik nak balik kampung. Lepas tu dia kata keluarga budak tu nak elesaikan kes ni cepat. Jadi abang bagi la alamat rumah atuk, katanya hari ni dia sampai sini.” Luah Farid

“Abang tipu yea, sengaja nak kenakan Farisya.” Farisya menyoal tidak percaya. Memang tak pecaya pun. Lagipun kes semalam, dia hanya pertahankan diri selepas kena tusuk dengan pen. Pesakit tu nak menyerang kali kedua, dengan kudrat yang ada dia menolak pesakit tu secara tak sengaja, menyebabkan pesakit tu jatuh dan kepalanya luka terhantuk di bucu meja.

Farisya sekali lagi memandang Farid, mencari kebenaran. Hatinya mula rasa cuak
           “teserah la, jangan cakap abang tak bagi tahu pulak.” Farid kemudian berlalu ke ruang tamu.

            “assalammualaikum.” Datang seorang lelaki yang lebih kurang tinggi abangnya, mukanya putih dan becermin mata. Berkemeja biru dan di tanganya terdapat kunci kereta. Farisya mendogak memandang ke arah rumah nenek. Kelihatan kereta Exora putih parking bersebelahan kereta Bmw hitam milik abangnya. Sah! Tu kereta si empunya badan yang berhadapan denganya. Dia ke peguam yang dicakapkan abang? Fikir Farisya dalam diam.

“assalammualaikum, tak jawab dosa.” Sekali lagi lelaki tadi menyapa Farisya yang kelihatan termangu memagang kain, ampain di belakangnya dibiarkan bertebangan kecil ditiup angin petang. Mata Farisya galak melihat empunya diri, entah kenapa timbul perasaan risau dalam dirinya. Habislah! Kalau betul dia ni peguam yang nak bawanya naik mahkamah. Mesti ketua pengarah hospital marah dan menyebabkan dirinya digantung kerja.
            “ehem!” lelaki tadi batuk keras, menyedarkan Farisya.
“oh! Waalaikummusalam. Encik ni peguam kan?” soal Farisya pantas.
Lelaki tu mengerutkan keningnya, dia kemudian  mengangguk pelahan. “macam mana Farisya tahu saya ni peguam?” soalnya lagi, pelik campur terkejut.
“Ooo, abang Farid cakap. Jadi betul la encik ni nak saman saya? Nak bawa kes semalam naik mahkamah?” soal Farisya bertubi-tubi.

Lelaki tadi meletus ketawanya. Farisya yang perasan dirinya terlalu ghairah bertanya, menahan malu. Aish! Sepatutnya bawa tetamu naik rumah dulu. Ini tak, tanya soalan maut terus, kan dah malu sendiri. Farisya hei! Kutuk Farisya pada diri sendiri.
“erk! Jemputlah masuk encik…”
            “Adam Mahadi bin Roslan, panggil Adam je” lelaki tadi besuara pantas.
Farisya mengangguk kecil, dia lantas mengambil bakul yang sudah dipenuhi baju yang baru di ambil. “jemput masuk dalam rumah dulu encik Adam.” Pelawa Farisya lantas berlalu.

Baru setapak dia melangkah, dia berhenti. Hatinya berdebar-debar laju, lalu dia kembali berpaling ke belakang.
             Adam sudah ketawa melihatnya, dan dirinya hanya tersenyum kecil. Fuh! Malu lagi beb.

Ruang tamu bergema dengan tawa Farid sama Adam. Farisya hanya menjeling abangnya tu. cis! Sampai hati kenakan adik sendiri, siap berpakat dengan member baik lagi tu. terkejut beruk dibuatnya bila Adam mula kenalkan diri tadi, tak sangka setelah 8 tahun kini mereka bertemu kembali. Itupun di kampung, gila agaknya Abang farid siap suruh Adam yang baru pulang dari bertugas di singapura untuk datang sini. Si Adam ni pun, suka sangat mengikut apa kata abangnya. “huh!” farisya merungus geram, dia lantas berlalu ke dapur. Membiarkan abangnya dan Adam ketawa sepuas-puasnya. Seronok la tu dapat mengenakanya.

“Farisya marah ke?” soal Adam berhati-hati. Dia mendapatkan Farisya yang tidak turun makan malam. Membawa diri duduk di pangkin hadapan sawah yang terbentang tidak jauh dari rumah atuk. Farisya menggeleng pelahan. Untuk apa dia marah, lagipun dia tahu, abangnya hanya begurau. Dan dia tak kisah pun sebenarnya, sewaktu  mula-mula je rasa macam di permainkan.

 “Habis tu kenapa tak nak makan malam sekali?” Adam bertanya pelik. Kalau bukan marah, sebab apa pula.
            “tak ada selera.” Pendek jawapan Farisya. Dia memegang hujung tudung yang ditiup angin malam. Nyaman terasa walaupun sejuk mula mencucuk-cucuk badanya.
“sebab Adam ada ke, yang membuatkan Farisya tak ada selera nak makan?” soal Adam membuatkan Farisya segera berpaling memandangnya.
            “eh! Tak ada la, jangan la cakap macam tu. tak ada pun perasaan tak selesa dengan Adam. Ni masalah lain la.” Jawab Farisya pantas, menghilangkan kesalafahaman yang bermukim di fikiran Adam.
            “dah tu kenapa? Jepun datang menyerang ke?” soal Adam lagi.

Farisya sudah menjengkelkan matanya, ni mesti kerja si Farid abangnya tu. merona merah pipinya, walaupun tidak kelihatan sebab malam tetapi dia tetap rasa tak selesa.

“haish!” Farisya merungus, dia kemudian berlalu meninggalkan Adam.
Ketawa adam pecah juga. “hei farisya! Jangan tinggal Adam sorang kat sini.” Laung Adam kemudian mengejarnya. Farisya buat tak dengar, dia lajukan langkah kakinya.

Patut la Adam sanggup datang dari singapura ke sini, rupa rupanya abangnya Farid ingin mengumumkan hal penting pada mereka bedua. Minggu depan abangnya ingin menghantar rombongan meminang, ingin bertunang. Tak sangka langsung, diam-diam abangnya rupanya sudah ada calon  isteri. Terkejut bukan kepalang Adam, sahabat karib sendiri tidak tahu sudah berpunya. Farisya lagi la bertambah hairan, abangnya tu hanya dilihat asyik tumpu pada kerja, bila ayah atau dirinya tanya tentang cinta, abangnya selalu mengelak. Kata dia “jodoh biar datang sendiri.” Bila masa pula abangnya tu pergi berdating? Farisya memegang kepalanya. Pening seh memikirkanya.

Akhirnya hari yang ditunggu tiba juga, sebentar lagi  abangnya akan begelar suami orang. Farisya terpaksa mengalah melepaskan abangnya, terpaksa berkongsi kasih sayang dengan seseorang yang begelar isteri. Dia melihat abangnya segak berbaju melayu kelabu sedang ralit membetulkan samping di hadapan cermin. Bila dia perasan mata Farid sedang memandangnya, segera dia menundukkan wajah. Lebih selesa jika melihat hantaran yang terletaknya cincin di hadapan. Tidak mahu abangnya tahu apa yang menghuni fikiranya saat ini.
Farid menghampiri Farisya dan melabuhkan duduk di sebelahnya. Tangan kananya di bawa ke bahu Farisya, memeluk adik kesayanganya. “kasih sayang abang tak akan pernah berubah” luah Farid membuatkan air mata Farisya tanpa sedar mengalir lajur seperti air paip yang melimpah. Diketup mulutnya, menahan diri dari esakan tangisan kedengaran. Kepalanya di rebahkan ke dada Farid. Takut andai suatu hari nanti abangnya itu lupa, lupa untuk bermanja denganya, lupa memberi pinjam bahu untuk dirinya menangis kesedihan, lupa nak berkongsi cerita padanya.

Adam yang berada di  pintu bilik hanya tersenyum nipis, manja sungguh Farisya dengan Farid. Segera dia mendapatkan dua beradik tu, menghentikan drama tak berpengarah tu segera berhenti, kalau tidak bila masa pula diaorang nak bertolak ke rumah penganti perempuan. “Farid, ayah kau panggil. Semua dah besedia. Kau macam mana?” soal Adam, kononya tidak melihat Farisya yang sudahpun mengesat air matanya. “aku dah lama siap. Jom lah kita gerak.” Ajak Farid, Farisya sudah pun berlalu keluar terlebih dahulu. Farid melepaskan keleuhan kecil, Adam yang mengerti menepuk lembut bahu kawanya. Memberi semangat.
  
“aku terima nikahnya Dayana Irma binti Abdul Zahid, dengan mas kawinya 80 ringgat tunai” sekali lafas Farid membuatkan mereka yang berada di dalam masjid tersenyum lega. Pengantin perempuan yang duduk di sebeleh Farisya sudah mengalirkan air mata tanda syukur. Serta merta cahaya berkelip dari setiap arah, para wartawan dan juga jurukamera sibuk menyimpan memori indah pengantin di alam foto. Tak sangka, kakak iparnya adalah seorang pengacara di sebuah stesion televisyen Malaysia. Menjadi idola setiap peminat dengan kepetahan nya bercakap dan beramah mesra besama peminat. “farisya sini?” panggil Dayana lembut. Dia melihat adik iparnya tu semakin menjauh setelah diasak dengan para wartawan. Farisya menggeleng pelahan, dia malu untuk berada dekat dengan Dayana. Tanpa di sedari Dayana sudah pun menarik tanganya untuk turut besama dia dan abang Farid.

            “selain para peminat, saya ingin ucapkan terima kasih pada seseorang yang sanggup berkongsi kasih sayang abangnya terhadap saya. Terima kasih pada Farisya.”Luah Dayana membuatkan mereka bedua berpelukan secara spontan. Laju lanser kamera merakamkan detik-detik istimewa di depan mata. Farid tersenyum puas, isterinya itu sungguh memahami. Selain sayang, sifat memahamilah yang membuatkan mereka serasi besama. Farid sudah pun menarik Adam untuk berada di sebelahnya. Malam ni adalah malam yang indah untuk dirinya kenang.

Setiba di rumah, farisya menguap keletihan. Sebaik keluar dari kereta swif miliknya, dia melihat Adam masih di rumahnya bila terpandang akan kereta Exora milik Adam. Ingatkan mamat ni dah balik. Bebel Farisya pelahan tanpa sedar.Beg tangan yang berada di bahunya terlurut pelahan ke tangan. Sebelah tangan nya lagi sudah memegang leher yang terasa sakit. Gara-gara Ucapan kak iparnya yang mengharukan, dia terpaksa berkalih sana-sini berposing apabila diminta para wartawan. Selain dikerjakan abangnya dan  kak Dayana, mengherat Adam sama untuk terlibat. Akibatnya mereka bedua yang jadi pengapit pun sudah seaakan artis bila kamera tidak kurang aktifnya berfokus kepada mereka berdua. Haru betul!.

Nafas Farisya tak stabil, dadanya turun naik menahan debaran. Di pandangnya Adam yang sudah tersengih di hadapan. Kak Dayana, abang Farid serta Ayahnya tidak berkelip memandang Adam, seaakan tidak percaya dengan apa yang baru di sampaikan Adam.

            “ulang balik Adam.” Arah mak Mah, pembantu rumah. Dia juga seaakan tak percaya. Ingin dengar lagi sekali apa yang baru di katakana Adam. Menginginkan kepastian bahawa dia tak tersilap dengar.
Adam menggosok pelahan  lehernya sambil tersenyum  nipis, malu pulak nak cakap untuk kali kedua. Tapi nak buat macam  mana, reaksi diaorang semua seaakan tak percaya je. Dia bukan main-main, pekara ni hal serius. Kalau tak di beritahu dengan betul, haru akibatnya.

            “saya nak tanya Farisya, sudi tak dia jadi isteri saya.” Laju  meluncur perkataan itu keluar dari mulutnya. Perasaanya sama seperti tunggu masa nak jatuh  dari puncak ketinggian gunung kinabalu. Seksanya menunggu jawapan, dan malunya kalau boleh nak balik sekarang juga.

Majalah Wanita terlepas dari tangan Farisya, matanya masih tidak beralih memandang Adam. Dayana sudahpun menyiku lengan suaminya dan mereka tertawa melihat Farisya. Ayah mereka pula sudah tersenyum senang. Berani sungguh budak Adam ni. fikir ungku Zafran. Mak Mah sudah bertepuk tangan, gembira mendegar khabar yang di sampaikan.

            “eh chop!” Farisya bangun sambil tanganya digemgam seperti sedang memegang acuan tepung untuk digorang jemput. Ala, korang tak dapat bayangkan ke macam  mana? Adeh! Macam  mana nak terangkan ni. errrrr, ala! Cuba korang suruh mak atau akak korang goreng cekodok or jemput, perhatikan tangan diaorang masa nak masukkan adunan acuan dalam kuali panas. Macam tu la gaya tangan si Farisya pada si Adam.
Terhenti tawa Farid sama Dayana, ayahnya pula sudah menyandarkan diri ke sofa. Menunggu apa yang ingin diperkatakan oleh anaknya. Adam  pula tak payah tanya la, gemuruh dalam dada.

            “sesuka hati je tanya soalan macam tu. awak dah SEWEL ye?” tanya Farisya dalam gugup. Adam sudahpun bangun dari tempat duduknya. “saya tak pernah anggap pekara ini sebagai mainan. Saya ikhlas nak Farisya jadi isteri saya.” Adam besuara serius. Dia benar maksudkanya. Farisya sudah pun memandang ayah dan abangnya. Kelihatan mereka menyerahkan keputusan di dalam tangan nya. Dia kena buat keputusan sendiri.

            “boleh! Farisya nak tengok dulu, sejauh mana Adam maksudkan dengan hasrat yang baru cakap tadi” farisya memberi kata putus. Adam sudah pun tersengih. Nampaknya dia akan menang dalam perjuangan ni. Ungku Zafran sudah mengangguk setuju akan keputusan anaknya. Farid dan Dayana tersenyum  puas, senang dengan tindakan Farisya. Bijak dalam  menilai situasi, itulah dia Doktor Farisya Hanani binti Ungku Zafran.

3 bulan berlalu…
            Farisya mengeluh kecil sambil menanggalkan kot putih dari badanya. Diletakkan kot yang menjadi lambang kebangganya itu ke kerusi tempat duduknya dan dia menghempaskan diri berehat. penat dengan kes yang satu  ni. kes di mana dia sukar untuk tentukan kesimpulan ubat untuk sakit sebegini. Sebelum ni tiada kes yang tidak dapat di selesaiknaya, cakap saja kes sakit apa. Kes Abnormal? Kes Disosiatif/somatora? Kes Skizofrenia? Kes Psikotik? Kes Hiperaktif? Kes Psikolinguistik? Kes Mental Organik? serta kes-kes lain yang memerlukan penyelesaian psikologi,  semuanya dapat ditangani dengan baik. Tetapi kes ni susah sedikit mahu jumpa cara rawatanya, kata kawan-kawan di sini, kes macam  ni  diri kita sendiri kena merasainya baru boleh ketahui ubatnya. Kes yang paling berbahaya pada diri, tetapi akan menjadi normal kalau kita tahu untuk mengawalnya. Pening kepala Farisya memikirkan akan kes yang rumit ni, kes CINTA. Ya! Kes CINTA Adam pada dirinya. Kata orang lagi, kes Cinta ni kalau tak dirawat dengan sempurna akan menjadi melarat sehingga menimbulkan kesakitan yang lain.

            Tok..tok..tok… kedengaran bunyi pintu bilik. Ha! Nampaknya kes CINTA datang lagi hari ini. fikir Farisya sambil tanganya yang lincah menulis maklumat pesakit tiba-tiba terhenti. “masuk.” Laung Farisya. Tahu siapa gerangan yang datang, kalau tak jururawat mesti para doktor yang lain pula jadi mangsa. Kalau tak ada, mesti mak cik clener atau  pak cik kebun? Teka Farisya menahan tawa. Nah! Sangkaanya meleset sama sekali, hari ni kes Cinta tuan empunya badan datang sendiri. Kelihatan Adam di hadapanya. Bediri Farisya dari tempat duduknya tidak menyangka.

Farisya yang sedang menaip laporan berhenti tiba-tiba. Dia menarik nafas dalam-dalam dan melepaskanya pelahan. Memang berat kes nama CINTA ni.
            “boleh tak kalau Adam jangan pandang Farisya macam tu. elok-elok Farisya minta masa 10 minit nanti jadi setengah jam pula.” Marah Farisya tanpa matanya beralih memandang Adam di hadapan mejanya. Menunggu dengan setia untuk keluar makan tengahari besama, malangnya dia datang terlalu awal. Sedangkan dirinya perlu menghabiskan laporan untuk di serahkan pada esok hari. Adam ketawa tanpa di kawal.

“macam mana, nampaknya Adam dah berjaya buat Farisya jatuh cinta dengan Adam kan?” soal Adam tanpa shortcut.

Farisya menggeleng pelahan sambil menutup skrin laptopnya. “nop! Belum berjaya.” Balas Farisya selamba. Dia lantas bangun mengambil beg tangan dan berlalu ke muka pintu. “cepatlah! Farisya dah lapar ni.” adu Farisya membuatkan Adam tersenyum kecil.
            “ye la, kita pergi makan. Bakal isteri saya ni nak tambah berat badan. Tapi jangan melampau, takut nanti tak muat nak pakai baju pengantin.” Sakat Adam membuatkan Farisya memukul lenganya dengan beg tangan.

Sebelum keluar dari biliknya, Farisya memandang Adam yang berada di sebelah. “lagi satu, sudah-sudahla kes Cinta ni. sejak 3 bulan lepas, bilik saya ni penuh dengan bunga, rasa macam duduk dekat kebun bunga pula.” Farisya memberitahu sambil memandang kesemua bunga-bunga yang dihantar oleh Adam melalui posmen yang tak bertauliah. Namun begitu kesemua bunga tersebut di jaganya setiap hari, tidak pernah lupa untuk menyiram air pada bunga yang berada dalam pasu yang telah direka khas oleh para jurawat dan doktor di sini.
            “cantik apa, bunga kan mampu memberi oksigen yang sihat. Sekurang-kurangnya boleh memberi kesihatan yang baik untuk peredaran darah bakal isteri Adam ni. supaya dia kelihatan segar dari kesibukan kerja, supaya dia gembira bila tengok bunga nampak wajah Adam” Adam besuara seaakan tak besalah. Farisya sudah menjeling padanya, pantas pintu di buka dan dia berlalu pergi.

Ketawa Adam  meletus sambil mengejar Farisya. Tahu sangat, hati wanita tu sudah mula belajar untuk menerimanya. Ya dalam kes Cinta.

Selesai makan malam, Farisya duduk menonton telivisyen. Cartoon kegemaranya sedang ditayangkan, Totally Spy. Farid sudah memberi isyarat kepada isterinya untuk bertanya tentang kemajuan dalam kes CINTA yang dinamakan oleh adiknya tu. Ungku Zafran  tiada di rumah, dia ke luar Negara untuk tanda tangan perjanjian sama syarikat di sana.
            “farisya!” panggil Dayana berhati-hati. Dia duduk di sofa besebelahan besama Farid.
“mmm, ada apa kak?” soal Farisya tanpa mengalih pandangan dari kaca tv.
Alamak! Sam sudah kena culik dengan penjahat.
“memandangkan sudah 3 bulan, apa keputusan Farisya.” Tanya Dayana lebih berhati-hati
Ades! Clover tak sempat kejar kereta penjahat yang culik Sam, dia tersungkur ke jalan raya.
“Keputusan apa tu?” tanya Farisya kembali. Ralit sungguh dengan adengan kejar mengejar di tv.
Alex berjaya menjejaki kedudukan Sam. Segera diberitahu pada sahabatnya Clover yang sedang membetulkan rambut yang beserabut akibat jatuh tadi.

Dayana dan Farid saling berpandangan.
            “keputusan sama ada nak terima Adam untuk jadi suami.” Farid pula bertanya tak sabar.
“oo, dah buat keputusan. Belum masanya!” balas Farisya bersahaja. Keningnya turut mengikut arus perlawanan antara Alex, Clover dan Sam yang berjaya dilepaskan terhadap penjahat.
“jangan biar Adam tunggu terlalu lama. Kesian dia, banyak dah dia buat untuk tawan hati Farisya. Tak kan usaha dia selama ni Farisya langsung tak perasan?” Dayana cuba menekan.

Tiba-tiba Farisya menepuk tangan gembira. 3 orang penyiasat kesukaanya itu berjaya menumpaskan penjenayah.

Dayana dan Farid mengeluh kecil, nampaknya lambat lagi si Adam tu nak jadi adik ipar mereka . Lantas kaki diatur melangkah ke bilik, penat sudah menarik perhatian Farisya.

Sementara di ruang tamu Farisya kaku di tempat yang sama. Memikir akan kata-kata terakhir kak Dayana tadi.

Di atas katil, Farisya tak dapat melelapkan mata. Memikir akan kata-kata kak Dayana padanya semalam. Deringan telifon telah memeranjatkanya, segera di capai telifon bimbit di bawah batal. Nama Adam muncul di skrin telifon, 1 mecej masuk. Segera tanganya menekan punat baca.

Jangan tanya kenapa Farisya yang Adam pilih. Adam sendiri tak ada jawapan, mungkin sudah suratan takdir yang menemukan kita kembali. Masih ingat akan kata-kata Farisya waktu kali terakhir kita jumapa? Ternyata takdir tu telah membawa hati kita untuk bertemu. Adakah Farisya tak percaya dan menolak keputusan yang telah di buat oleh ALLAH s.w.t?

Begitulah kata-kata Adam. Mecej itu dibiarkan tanpa balasan. Dia bangun dan membuka tingkap bilik, merenung bntang-bintang yang berkelipan indah. Bulan yang kelihatan malu untuk mengeluarkan zarah cahayanya pada malam yang gelap.bukan dia tak Nampak usaha Adam selama ini untuk menarik perhatianya. Bukan setakat bunga-bunga yang dikirim, Adam juga rapat dengan keluarganya, tak kisah bergaul semua orang, hormati orang tua, baik, prihatan, dan banyak lagi kebaikan dalam diri Adam telah di selidiknya. Dia lakukan pun sebab kes Cinta, ya! Kes CINTA yang menyesakkan fikiran.

Akhirnya Farisya kembali kepada petunjuk yang hakiki. Wuduk sudah membasahi anggota badan, di atas sejadah Farisya menyerahkan istiqarah cintanya. Memohon petunjuk dari maha kuasa, maha mengetahui dari segalanya. Sedangkan fikiranya sebagai manusia sentiasa terbatas.

Alunan ayat-ayat suci Al-Quran berlagu di bibirnya, berdoa untuk meminta kepastian dalam pemilihan. Supaya menghilangkan nestapa dalam diri, memberi jawapan dalam dia mencari makna sebenar erti Cinta pada diri.

Selama seminggu tahajud Cinta yang dilakukan, Farisya kini semakin yakin dengan jawapan yang diterima. Tidak kira melalui mimpi ataupun perasaan, semuanya sama. Memberitahu bahawa pekara yang di tanya kan kepada ALLAH suatu waktu dulu kini terjawab. Dia pasti sangat-sangat, kerana ia berada di atas satu CINTA.
Jejak-jejak langkah ku
Bagaikan lembaran waktu
Apakah ku masih bisa terus melangkah?
Serpihan hidupku
Kan ku bangun
Di atas satu Cinta…
Subahannallah! Aku mencintainya
Subahannalllah! Aku menyanyanginya
Dari ufuk timur
Hingga ke barat
Selalu di hatiku…
Selalu di hatiku….

“saya, Farisya Hanani binti Ungku Zafran menerima lamaran Adam Mahadi bin Roslan.” Farisya memberitahu pada seluruh ahli keluarga yang berkumpul, termasuk sekali Adam. Tiada kata seindah untuk diungkapkan Adam, lantas dia sujuk syukur. Berterima kasih pada yang maha Esa kerana telah mendegar dan mengabulkan doanya. jagalah kenikmatan mencintai kekasihMU agar tidak melibihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMU. Jagalah rinduku padanya, agar tidak lalai merindukan syurgaMU.”








Saturday, July 7, 2012

CANTIK KAH?? JOM NILAI RAHSIA TESIRAT

~..Saya tahu saya tidak cantik, tapi walupun saya tidak cantik..saya tetap ada KELEBIHAN, kerana saya tidak cantik..maka, saya tidak mendapat FITNAH dan CEMBURU daripada wanita-wanita lain..kerana saya tidak cantik, maka..saya tidak mengharapkan PUJIAN dari mana-mana lelaki atau wanita dan akhirnya kerana saya tidak cantik, saya akan MENEMUI insan yg IKHLAS mencintai saya seadanya..~

>>> Cantik itu SUBJEKTIF..tidak semua mata dapat melihat, hanya yang ISTIMEWA sahaja berpeluang..BERSYUKURLAH kamu untuk semuanya..sesungguhnya setiap ciptaan Allah itu indah tiada nilai..cantik tiada tandingnya, kamu adalah kamu..seperti mana yang Dia mahu dan yang SEBAIKNYA ialah kamu MENDIDIK DIRI menjadi hamba yang TAAT dan hamba yang selalu BERSYUKUR atas kurniaanNya..
♥♥ 

Jangan risau jika anda bukan seorang yang rupawan. InsyaAllah nanti Allah akan menghantar sesorang yang mencintai anda bukan kerAna rupa anda tetapi hanya kerna Dia. Tersenyumlah dengan segala nikmat yang Allah beri, setiap nikmat itu pasti ada hikmah yang akan kita ketahui nanti :)

Tuesday, July 3, 2012

CERPEN - Boys and Girls at School

Boys and Girls at School

          Kringgggggggggggggg….
Kedengaran loceng waktu rehat sudah berbunyi, beberapa pelajar sudah  mula menapak ke kantin untuk mengisi perut yang kosong. Masing-masing dengan wajah yang gembira membawa bekalan tidak kurang juga yang sudah mula beratur untuk mendapatkan  makanan yang pertama dari mak cik kantin.

Keriuhan mula kedengaran di tingkat bawah, tetapi tidak pada kelas 5 Alfat di tingkat dua. Wajah sesetengah pelajar menunjukkan ketidakpuashatian terhadap Farisha yang sudah pun bediri di atas kerusi. Tetapi bagi sebahagian yang lain sudah pun tersenyum nakal, puas hati dengan tindakan kawan mereka pada hari ni.

 “selagi kawan awak ni tak minta maaf dengan saya, jangan harap kamu semua boleh keluar rehat.” Garang lantunan suara cikgu Kamsiah, guru subjek matematik yang paling tidak disukai kebanyakkan pelajar dengan sikapnya. Kedengaran pula bisikan-bisikan sayu merayu kepada tuan yang bediri di kerusi supaya memohon maaf. Farisha serba salah, kalau nk di ikutkan apa yang dia buat pada cikgu Kamsiah hari ni tidak setimpal dengan apa yang telah cikgu tu lakukan kepadanya semalam dan hari-hari sebelumnya.

“ahhahaha, kena denda lagi budak ni”
Kedengaran pula pelajar darjah 6 yang baru keluar dari makmal ketawa mengejek. Telinga Farisha sudah panas, setiap hari kena gelak. Mata farisha tak lepas dari memandang setiap pelajar yang lalu di luar kelasnya. Merenung bagaikan harimau yang mencari sasaran untuk diterkam. Seketika melintas pula beberapa pelajar lelaki di sebelahnya, mata yang tadi membesar kini menjadi kecil, perasaan gah dalam diri tiba-tiba menjadi kerdil apabila berpandangan dengan seorang lelaki yang cukup dikenalinya, berpakain pengawas biru dan bersongkok. Renunganya bagaikan mempunyai ilmu sihir untuk memukau, serta merta Farisha mengalihkan pandanganya. “cikgu saya minta maaf!” laung Farisha pantas.

Peh!! Itu dia penangan ketua pengawas Farid Adlan Shah bin Ungku Zafran

Waktu rehat masih berbaki 10 mnit. Farisha sudah berpeluk tubuh, sedang besandar di pintu kelas sambil  tersenyum kecil. Entah apa yang bermain di fikiranya tiada siapa yang tahu. Dila, Zana dan Ecah sudah mula mencerna pemikiran yang logik akan situasi dalam kelas tadi, kenapa Farisha sanggup minta maaf  kepada cikgu Kamsiah. Mesti ada kaitan dengan ketua pengawas kegilaan ramai tu.

            “woi, kau ni aku tengok macam dah angau je dengan ketua pengawas sekolah kita tu.” tegur Ecah tidak dihiraukan. Dila sudah pun menyiku Zana menyuruh kawanya itu mengembalikan Farisha dari alam fantasi khayalanya. Segera tangan kananya mencuit pinggang Fariha. “eh! Hensem sungguh kau” latah Farisha membuatkan tawa mereka betiga sudah bederai. Farisha yang mengerti akan usikan kawan-kawanya sudah merah pipi akibat malu kerana melatah. Aish! Apa la yang kawan-kawanya ni fikir tadi. mesti diaorang ingat dirinya sedang memikirkan ketua pengawas glamor kat sekolah ni.

            “kau teringat dekat Farid ye tadi.” sakat Dila.
Ha! Kan aku dah cakap, mesti diaorang ingat aku sudah jatuh syok dekat senior mereka si Farid.

            “mana ada la, sesuka hati je buat ramalan sendiri.” Balas Farisya malas. Dia kemudian beredar ke arah TANDAS!!. Tercengang-cengang kawanya memerhati Farisya yang sudah pun berlalu pergi. Pelik sungguh, tadi gelagat macam sudah tangkap cintan sama si Farid, tapi kini macam  tak ada apa-apa pula. Begitulah  selalunya sikap Farisha kalau dikaitkan dengan Farid.
“biarlah diaorang tak mengerti.” Bisik hati kecil Frisha di hadapan cermin besar yang bersebelahan bilik guru.
Kringggggggggggggggg, waktu rehat sudah pun tamat.

4 tahun berlalu…
           
            Dewan masih kedengaran riuh dengan pelajar-pelajar baru tingkatan 3. Hari pertama orentasi bagaikan malapetaka bagi mereka berempat. Siapa lagi kalau bukan Zana, Dila,Ecah dan Farisya!. Ecah sudahpun menggaru kepalanya yang tak gatal, menahan bingit bising di sekitarnya. Dila masih dengan undang-undangnya sendiri membawa henfon untuk bermain game. Zana sedang membetulkan tali kasutnya yang tercabut semasa belari dari asrama ke dewan. Farisya pula asyik terleka dengan alunan lagu Baby dari Justin Bieber di telinganya, earphone telah pun berjaya diseludup di dalam tudungnya, itu satu kelebihan. Matanya pula meliar mencari seseorang di barisan hadapan. Senior ataupun lebih mudah dengan gelaran fasilatator sudah bediri di hadapan pentas, hanya setengah. Masih ada beberapa senior lagi yang belum tiba.

            “tak kan  la dah mula cari mangsa kut.” Sakat Dila pada Farisha. Tahu maksud mangsa yang diucapkan kawanya itu membuatkan dirinya hanya tergelak kecil.

“tak terpikir langsung, korang tu yang lebih-lebih.” Farisha membalas sambil membetulkan kedudukan earphone di telinganya. “selalu jual mahal.” Bebel Zana pula. “belum masa lagi la, lagipun hal ni bukan penting. Tak ada dalam  subjek kat sekolah  pun” bidas Farisha menyedarkan kawan-kawanya. “memang la tak penting, ni hobi diwaktu lapang.” Ecah pula besuara mengeluarkan pendapatnya. Seperti biasa kawan yang berdua tu akan mengangguk mengiakan. “eh!, yang senior berbaju kelabu  tu, smart lor.” Zana besuara ceria. “mana-mana?” serentak pula Ecah dan Dila bertanya. Farisya hanya mampu menggelengkan kepala seraya tersenyum.

Tak sangka, waktu telah berlalu terlalu pantas…

“Hari pertama orentasi dah mula buat perangai, memang tak takut disiplin langsung. Kamu semua sengaja nak kena denda ke?” tanya salah seorang senior yang berbaju T berkolar bewarna ungu tua. Badanya tegap macam ahil kelab taekwondo, lagaknya seperti ayah yang marahkan anaknya kerana berbuat salah. Mereka berempat menundukkan wajah, tak tahu mana nak sorok muka akibat malu. Salah mereka juga kerana  ponteng perbarisan orentasi dan duduk melepak di belakang blog kantin sekolah. Kan sudah kantoi dengan fasilatator yang memegang jawatan disiplin.

“Adam! Sudah la. Biar aku uruskan mereka. Dekat dewan  memerlukan  kau sekarang ni.” celah seorang lelaki yang tiba-tiba datang dari belakang mereka berempat. “elok la tu, abang serahkan korang dekat ketua MPP sekolah  ni.” Adam besuara lantang sambil menepuk bahu sahabatnya yang baru sampai itu, kemudian berlalu meninggalkan mereka di situ. Di tengah terik panas matahari tengah hari. Cari nahas sendiri, elok-elok orang bagi beteduh di dalam dewan, galak pulak wat undang-undang sendiri tanpa hadir ke perbarisan. “abang?” soal mereka berempat dalam diam. Farisha sudah buat muka ingin termuntah mendegar kata-kata senior yang menggelarkan diri sendiri dengan panggilan abang. Menyampah!

“korang lagi!, hebat sungguh persahabatan korang sampai masuk  ke sekolah ni pun sama-sama.” Lelaki yang dikenali sebagai ketua MPP tu besuara datar sambil kedua tanganya dimasukkan ke dalam kocek seluar. Serentak itu mereka berempat mengangkat muka dan melihat seseorang yang  mereka kenali suatu masa dulu. Ternyata pertemuan ini membuatkan Dila, Ecah dan Zana bagaikan tidak percaya. Tetapi tidak bagi Farisha. Dia masuk ke sedolah ni pun di sebabkan lelaki di hadapanya. Ya! Siapa masih lupa akan ketua pengawas yang menjadi kegilaan ramai di sekolah rendah dulu, Farid Adlan Shah bin Ungku Zafran.

Mereka bertiga sudah memikirkan hal yang sama tentang Farisha dan Farid seperti zaman sekolah rendah, manakala bagi Farisha adalah  kosong. Entah! Fikiranya sukar untuk mencerna kan perasaan terhadap pertemuan semula di sini.

Bagi fikiran Farid pula, dia sendiri masih ragu-ragu dengan perasaanya.

Selesai menunaikan solat maghrib, mereka semua dikehendaki melaporkan diri di dewan. Antara tidak percaya mereka yang bergelar pelajar baru suatu ketika dulu kini sudah menjadi biasa akan tugas yang perlu dilakukan. Masa 6 bulan begitu pantas berjalan, sehinggakan mereka tidak sedar yang mereka akan menghadapi peperiksaan penting lagi beberapa bulan. Yup! PMR, yang menentukan titik aliran mana yang akan dipilih semasa menaiki tingkatan empat.

            “pening kepala la.” Adu Farisya sambil memegang kepalanya. Mereka berempat yang berjalan beiringan  ke dewan berhenti melangkah. “aku rasa kau dah  mula nak demam la.” Fikir Zana sambil meletakkan telapak tanganya ke dahi Farisya. Farishya hanya membiarkan, dia betul-betul tak larat sekarang ni. kepala pula terasa berat. “kalau macam tu, kau balik kolej puteri dulu la.” Cadang Ecah sambil mengambil kain telekung yang di pegang Farisha kemudian di masukkan ke dalam beg. “nak Dila bagitau kak Wawa ke, mana tahu dia ada ubat untuk sakit kepala.” Dila kemudian besuara. “tak apa la, aku ikut korang ke dewan. Takut aku sorang-sorang dalam kolej tu.” suara Farisya tenggelam timbul memberitahu. “eh! Budak ni, time sakit macam ni pun sempat takut lagi. Kalau kau dah  tidur, tak ada maknanya nak piker benda-benda macam ni.” Marah Dila memberi nasihat. Farisya sudah tersengih seperti kerang busuk. Boleh lagi dia senyum dalam keadaan sakit macam ni. “aku n..” belum habis kata-kata yang ingin dicakap, Farishya sudah pun jatuh ke atas jalan raya. “Farisya!” tepik mereka bertiga menarik perhatian Adam dan Farid yang turut lalu di situ. Laju langkah mereka mendapatkan Farisya yang sudahpun ‘tidur’ di atas jalan raya.

            “macam mana boleh pengsan ni.” tanya Farid cemas sambil memangku kepala Farisya. Mereka yang berada di situ tidak menjawab pertanyaan Farid, malah pelik dengan kelakuan senior mereka tu. Gila! Sesuka hati dia ja memangku Farisya, walaupun berlapik tetapi keadaan macam  ni tetap diaggap tidak sopan. Adam yang berada di sebelah hanya memerhati tindakan berani Farid memegang dahi Farishya. Dia terasa, gadis yang di sukainya berada di dalam genggaman orang lain. Sepatutnya dia yang berada di tempat Farid. Tentang perasaan nya pada Farisya juga sudah diberitahu kepada Farid, tapi kenapa Farid seaakn lupa. “dia demam panas, panggil kak Wawa cepat!.” Sedikit tinggi suara Farid membuatkan mereka tersedar dari asyik memerhati. Zana dan Ecah belari mendapatkan kak Wawa,  ketua warden kolej puteri yang berada di dewan.

            “Gila, gila, gila…” Ecah besuara sambil berulang-alik di hadapan Zana dan juga Dila. Farisya yang baru tersedar sebentar tadi mengerutkan kening tanda tidak faham kelakuan kawanya itu. “apa yang gila?” tanya Farisya setelah mendapat kekuatan untuk besuara. Sudah la baru tersedar dari pengsan, pening-pening  ikan masih kekal di kepalanya. Kini kena tengok pula si Ecah membuat senaman ringan dengan belari ke sini sana, menambahkan sakit kepala.

            “You know wahat?” tanya Ecah mula berbicara.
“What?” Tanya Farisya pula tidak mengerti. Zana dengan Dila yang menjadi pemerhati dari tadi turut tidak sabar mahu  menyampuk dalam perbincangan mereka bedua. Ecah  mula melabuhkan duduk di birai katil Farisya dan mula becerita tentang kejadian saat dia pengsan sehingga sampai ke sini.

            “What?” Giliran Farisya pula terkejut beruk. Ok! Bukan beruk, Cuma terkejut macam tu ja. Pernah tengok beruk terkejut? Apa! Tak pernah, ok! Korang cari je la kat youtube, godek-godek tengok. Mesti ada. Ha! Macam tu la rupa si Farisya waktu tu.

            “Kan aku dah cakap,  kau  lagi terkejut kan.” Ecah besuara serius. Zana dan Dila hanya mengangguk. Seakan tidak percaya, Farisya sudah mula memandang ke syiling. Membayangkan keadaan yang diceritakan oleh Ecah tadi. “hahahhaha, alhamdulilah!” ketawa Farisya sambil menadah tangan, tanda syukur dan meraup mukanya. “hah!” kini mereka bertiga pula yang terkejut. Jatuh rahang bawah mulut tanda tidak percaya. Melopong.

            “Uit, kau ni. macam suka je. Bukan ke sepatutnya kau marah. Setahu aku kau pantang kalau orang lelaki bukan mahram kau sentuh badan kau?” soal Zana pelik.

Farisya sudah mula gelabah, merona merah pipinya seaakan baru lepas memakai pemerah ppi.

            “aku buat reaksi gembira ke tadi.?” soalan bodoh yang dikeluarkan oleh Farisya. Serentak ketiga-tiga sahabatnya mengangguk laju.

            “salah tu, reaksi tak sengaja. Aku tengah pikir benda lain tadi.” Farisya memberitahu untuk menutup keterlanjuran kata yang boleh menyebabkan kawan-kawanya salah faham.

Oooooooooooooo…… serentak pula mereka bertiga besuara. Lega.

Sementara di kolej putera, keadaan di bilik prep malam ni seaakan tidak berrnaya. Hanya beberapa orang pelajar sahaja yang berada di sini malam ni, sebahagian yang lain lebih senang memilih untuk menelaah pelajaran di perpustakaan. Farid yang sedar akan kelakuan Adam malam  ni, cuba mencari kata untuk bertanya. Adakah Adam marah akan perlakuan nya tadi terhadap Farishya?. Fikir logik akalnya.

            “kau marah dengan aku ke pasal kes Farisya pengsan tadi?” soal Farid memecahkan kebisuan antara mereka berdua sedari tadi. mata Adam yang menumpu pada buku teks pelajaran geografi beralih memandang kepada sahabatnya. Dia sendiri tidak tahu hendak memberitahu macam mana. Farid yang seakan memahami hanya tersenyum kecil.

            “kan aku dah beritahu  kau, aku tak kisah  kalau  kau nak jatuh cinta pada Farisya.” Farid memberhetikan kata, cuba mencari nafas. Dia kena bercakap ikut arus yang betul, takut nanti Adam akan salah faham. “tindakan aku tolong Farisya tadi hanyalah tindakan reflex, spontan. Cuba kau tengok situasi kalau  bukan Farishya, aku akan tolong juga. Sebab apa, aku kan ahli PBSM.” Terang Farid berhati-hati. Adam mula membuka minda, betul juga kata-kata Farid. Nampaknya dia sahaja yang mempunyai perasaan tidak baik. “aku minta maaf, aku terlalu ikutkan perasaan.” Adam memohon maaf. Menyesal mencurigai sahabat karib sendiri.

            “aku maafkan kau, lagipun aku tak ada perasaan pada Farisya. Dan kalau kau nak teruskan memikat hati dia, aku  setuju  seratu s peratus. Lagipun Farisya tu baik orangnya.” Farid memberitahu serius, seaakan memang dia yakin sangat Adam akan menjaga Farisya.

            “Cara kau cakap, macam dah  lama kenal Farisya.” Soal Adam  pelik. Sebenarnya soalan ni sudah lama ingin ditanya pada sahabatnya itu, tetapi baru hari ni terluah. Dia pelik juga, macam mana Farid boleh tahu akan kelakuan Farishya.

            “aku kenal dia dari kecil lagi.” Balas Farid selamba seraya tersenyum manis.
Rahang bawah Adam jatuh. Tidak percaya.
            “kau kenal Farishya dari kecil? Biar betul” Adam besuara menahan  tawa. Lucu, rupanya si Farid dengan Farisya ni saling berkenalan.
            “junior masa sekolah rendah.” Kata-kata Farid sekali lagi membuatkan nya terganga.

Farisya keseorangan duduk di bangku bawah pokok kelapa, yang terdapat di taman kecil sudut bangunan bersebelahan  kantin. Buku Tamadun Sejarah berada di genggaman, dia kena pulun habis-habisan menelaah. Hari ni adalah hari terakhir peperiksaan sebelum petang ini dia berangkat balik ke rumahnya. Cuti selama seminggu ni memang ditunggu-tunggu. Ayahnya sudah berjanji akan membawa dirinya dan keluarga bercuti di Pulau Pangkor.
            “Demam dah  kebah?” tanya seorang lelaki yang tiba-tiba menghampirinya dari belakang. Farisya tdak tahu  hendak membalas, masih ada perasaan terkejut bercampur gembira. Entah! Sukar mentafsirkanya. Akhirnya dia hanya mengangguk kecil bagi menjawab soalan Farid yang kini sudah duduk berhadapan denganya.
            “baguslah, abang cuma nak sampaikan salam Adam pada Farisya.” Farid besuara lagi. Farisya mengangguk laju. “waalaikummusalam.” Jawabnya pelahan. Dia tidak terkejut akan pemberitahuan salam tu, tetapi terkejut dengan lelaki di hadapanya ini membahasakan dirinya sebagai abang. Mungkin dia memang tak ada perasaan lain, ye la. Farid kan senior, memang layak pun digelar abang kan. Fikir Farisya dalam diam.

            “petang nanti balik ayah ambil.” Farisya memberanikan diri besuara, dia rimas apabila duduk berdua tetapi tiada sebarang topik yang ingin dibincangkan. Giliran Farid pula mengangguk cuma. Belum sempat Farid ingin bertnya lebih lanjut, cikgu Zahidan sudah pun memanggilnya untuk membantu di dalam  makmal. Kini Farisya kembali beseorangan. Gembira, tanpa sedar bibirnya menguntum senyuman seikhlasnya.

Farisya dan rakan-rakanya melangkah keluar dari dewan peperiksaan dengan wajah yang gembira. Akhirnya mereka semua boleh rehat dari memikirkan segala macam ‘rencah masakan’ yang penting. Cuti pertengahan tahun ni memang memberi peluang mereka untuk menikmati rehat secukupnya sebelum  mereka kembali ke sekolah dan berhadapan dengan peperiksaan yang lebih besar. Ya! Peperiksaan PMR.

            “jumpa masa naik sekolah  nanti.” Serentak mereka berempat besuara, dan kini masing-masing membawa haluan.

 Kereta lanser hitam berhenti di gerai yang berhampiran. Farisya yang berada di dalam kereta membuka tingkap dan  memandang  rumah banglo yang terletak indah di atas bukit. Ditatapnya lama, sekali lagi dirinya kembali ke rumah itu. Rumah di mana menjadi tempat lahir, di mana dia mengenal erti kehidupan dan zaman kanak-kanak riang. Cuma yang membezakan dia sudah lama tidak pulang, sejak duduk dengan atuk dan nenek di kampung.
            “welcome home sweet home.” Abangnya yang turut keluar dari kereta berkata pelahan di sebelahnya. Terukir senyuman manis Faisya memandang lelaki yang begelar abang.

            “anak ayah dah balik, sorry sebab tak dapat ambil dekat asrama. Ayah ada meeting penting tadi.” seorang lelaki dalam lingkungan 50 an sudah pun berada di muka pintu memandang mereka bedua. Pantas kaki Farisya atur ke  arah  lelaki yang masih berkot, mungkin baru balik dari meeting seperti katanya tadi. di salamnya lelaki yang bergelar ayah, sudah lama dia tidak bermanja begini. Rindu pula rasanya. “tak apa, abang kan ada.” Jawab Farisya pelahan sambil melihat abangnya berlalu pergi ke tingkat atas. Pembantu sudah pun membawa beg pakainnya dan dia beiringan masuk ke dalam rumah besama ayah tercinta.

            “puteri nak minum apa, biar mak Mah buat.” Pembantu rumah yang sudah lama berkihmat di rumah ayahnya besuara. Farisya tersenyum kelat, sudah lama gelaran puteri itu tidak berpangkat kepadanya, kini setelah 15 tahun baru dia merasainya sekali lagi. “air apa-apa je la, tapi pastikan ada ais ye mak Mah.” Farisya mengigatkan. Pembantu rumah yang tengah memegang baju yang baru diambil dari ampaian  hanya mengangguk senang. “mak Mah tak akan  lupa kesukaan puteri kecil ni.” Balas mak Mah sambil berlalu ke dapur setelah  meletakkan baju-baju di dalam bakul. Selepas buat air, dia harus melipat pakaian dan menggosoknya pula. Begitulah rutin harian mak Mah di rumah. Memasak, mengemas, mencuci dan menggosok pakain sudah biasa dengan dirinya sejak isteri majikanya meninggal dunia.

Mata Farisya merenung ke arah bilik yang tertutup di tingkat 1. Abangnya masih berada di bilik, sama seperti dulu. Tidak turun seaindaya dia berada di bawah. Dia sedar itu, sebab itu mengapa dia tidak hairan. Tanpa sedar Farisya telah mengeluh pelahan.
           
 Hari pertama melangkah  ke sekolah  setelah bercuti panjang, membuatkan hati Farisya berlagu riang. Tidak seperti kawan-kawan yang lain, masih belum cukup bercuti katanya. Mungkin kerana sepanjang cuti dia telah memperolehi kasih sayang dari semua orang yang diperlukan PMR sudah pun lama berlalu, dan dia mendapat 9A1. Sengaja aliran Sastera yang dipilihnya, dia lebih suka dengan alam-alam  puitis ni. Wajahnya juga boleh dikatakan sentiasa murah dengan senyuman, sehinggakan kawan-kawanya sudah merasa dia disampuk dengan jin ‘cuti’. Adoi! Pandai-pandai saja mereka bertiga menyimpulkan keadaan. Fikir Farisya lucu menahan ketawa yang akan meletus pada bila-bila masa saja.

            “wei Farisya,  kau ingat tak lagi Khairul. Budak yang syok dekat kau tu la.” Tiba-tiba Dila besuara mengigatkan kepadanya lelaki itu. Dia kalau boleh tak nak dikaitan lagi dengan lelaki yang menyeramkan sebegitu. “kenapa dengan dia?” tanya Farisya acuh tak acuh. “dia suruh aku bagitahu  kau yang dia nak jumpa. Petang ni dekat kantin, katanya kalau kau tak datang dia akan sebarkan gambar ‘biru’. Mata Farisya sudah membulat tdak percaya. “dah gila agaknya budak tu. disampuk setan.” Marah Ecah meluap-luap. Zana hanya mampu menggelengkan kepala. gila! Gambar yang dimaksudkan oleh Dila itu gambar mereka semasa mandi di air terjun sekayu. Sewaktu mengikuti program perkemahan sekelas dulu. Jika gambar itu di sebarkan, memang mereka akan mendapat malu. Berani si budak Khairul tu tangkap gambar curi-curi mereka, sejak Khairul memiliki gambar tu mereka berempat selalu berhati-hati kalau beurusan denganya. Silap langkah, sekejap saja gambar yang berada di tanganya akan tersebar. Ugutan segebitu sememangnya di benci oleh Frisya, tapi apakan daya mereka untuk melawan. Kudrat wanita hanya mampu melawan mulut, tidak lebih daripada itu.

            “Apa kata kita bagitau  abang adam, sekurang-kurangnya kita akan selamat nanti.” Cadang Dila.
“tak boleh! Ni pertaruhan maruah kita, aku kalau boleh tak nak sesiapa yang tahu. Biarlah aku selesaikan sendiri. Aku pergi jumpa dia petang nanti.” Titik! Keputusan Farisya membuatkan mereka tiada kuasa untuk membantah cakap penolong kanan MPP sekolah.

Kelihatan khairul berpeluk tubuh  memandangnya. Keadaan  kantin tiada sesiapa waktu sebegini. Kebanyakkan pelajar masih belum balik memandangkan masih ada 1 hari lagi untuk memulakan kelas. Mak cik kantin juga belum datang, mungkin esok baru dibuka. Yang kelihatan hanya kawan-kawan Khairul seramai 5 orang, geng sekolah yang paling nakal.

Farisya menelan air liur, kecut perut di buatnya apabila dia beseorangan berhadapan dengan 6 orang lelaki. Macam  mana kalau sesuatu yang tak diingini berlaku, memang tindakan berani betul la. Padan muka! Kutuk Farisya pada diri sendiri dalam hati. Kelihatan Khairul sudah tersengih menampakkan lesung pipitnya. Hensem, tetapi tak serupa bikin dengan  perangai. Kalau cinta padanya tak kanlah sampai guna teknik kotor macam ni. marah Farisya dalam diam.

            “hah! Cakap cepat apa kau nak. Aku ada banyak lagi keje nak buat dari buang masa duduk dengan kau ni.” laung Farisya yang bediri tidak jauh daripada Khairul.

“amboi, garangnya cik Farisya kita ni. relax la sayang. Waktu masih muda.” Khairul berkata sambil menghampirinya. “waktu muda kepala hotak kau, dah nak dekat maghrib ni.” marah Farisya dengan bahasa kasar. Sudah tak tertahan amarahnya yang berbakul-bakul pada si Khairul. Mata Kahirul menculang tak percaya, tak sangka perempuan yang di sukainya Nampak manis, tetapi garang juga sebenarnya. Dia tertawa kecil.
            “ok la, aku Cuma nak cakap yang aku suka dekat kau. Sudi tak kau jadi kekasih aku. Oh ya! Lagi satu, gambar yang berada dekat tangan aku ni juga aku boleh bagi dekat kau. Tapi dengan syarat, kau  jadi kekasih aku.” Khairul memberitahu sambil menebarkan kepingan gambar yang berada di tangan ke hadapan  muka Farisya. Serentak itu Farisya pantas memegang gambar yang berada di tangan Khairul. “sampai mati pun aku tak ingin jadi kekasih kau.” Farisya memberitahu sambil tersenyum sinis dapat mengambil gambar-gambar yang berada di tangan Khairul.

“ingat tu, sampai mati tak akan pernah ada cinta pada kau.” Farisya mengulangi kata-katanya sekali lagi. Tetapi kali ni dengan nada yang lebih serius dan lantang mengingatkan.

Baru saja kakinya mahu melangkah pergi, tangan kananya sudah disambar oleh tangan keras Khairul, dicengkam tanganya tidak melepaskan Farisya pergi.

Mencelung mata farisya merenung tindakan berani Khairul.

            “woi! Lepaskan Farisya. Kau tak ada hak  nak pegang dia.” Marah Adam yang baru tiba besama Farid dan kawan-kawan Farisya.

“habis tu, kau ingat kau ada hak ke adam?” balas khairul laju. Farisya sedaya upaya menarik tanganya dari genggaman Khairul. Ecah, Zana dan Dila sudah takut, risau bercampur baur. Macam mana kalau sesuatu yang tak diingini berlaku pada sahabat mereka. Farid Nampak tenang, namun dalam  hatinya penuh dengan amarah. Tangan sudah di kepal, digenggam erat. Nak saja dia berlalu ke kahirul dan melepakan tumbukan pada muka Khairul. Berani sungguh perbuatan kurang sopan Kahirul pada Farisya.

Kawan-kawan Kahirul juga sudah mula menghampiri, kononya tunjuk ganster dengan menyokong di belakang ketua mereka.

            “sakit la bodoh!” tepik Farisya geram bila tak berjaya menarik tanganya dari genggaman Khairul.
“kau yang paksa aku buat cara kasar, kalau kau terima tawaran jadi kekasih aku kan. Dah senang.” Balas Kahirul lembut di telingan Farisya. Meremang  rasanya bulu tengkuk bila Kahirul begitu dekat dengan mukanya. Kang aku ludah juga muka budak ni. fikir Farisya di luar batasan akal fikiran.

Sebelum Adam, Farid terlebih dahulu sudah menumbuk muka Kahirul dan sekaligus genggaman tanganya melepaskan Farisya. “kurang ajar, budak macam kau ni memang layak ditumbuk.” Marah Farid pada Khairul. Serentak itu kawan-kawan Khairul sudah memegang badan Farid menghalangnya dari terus membelasah ketua mereka.

Khairul memegang bibirnya yang sudah berdarah, dadanya turun naik menahan amarah. Niat untuk membalas tindakan Farid terbantu bila Adam menahan dengan memegang tanganya.

“wah!, lagi sekor beruk nak tunjuk hero. Bikin panas je.” Gumam Khairul geram. Rancanganya gagal hari ni. satu das tumbukan  hinggap di pipi Adam membuatkan Farisya menjerit menyuruh berhenti. Dia yang tadi berada besama kawan-kawanya kembali berhadapan dengan Khairul. Adam juga kini sudah di pegang oleh budak-budak suruhan Khairul.

“masalah kau dengan aku, bukan dengan dua orang ni. lepaskan diaorang.” Laung Farisya geram di depan Kahirul. Lelaki tu hanya ketawa sinis sebelum kembali memegang tanganya. “kau ingat semudah tu. tak ada yang mudah dalam dunia ni, dan kalau untuk mendapatkan kau ia begitu sukar. Aku sanggup hadapinya juga.” Khairul membisikkan di Farisya. Serentak itu Farisya berpaling, menghalang mukanya dari bersentuhan dengan muka Kahirul.

“pukul je.” Arah Khairul pada kawan-kawanya, memberi peluang kepada mereka mengasah bakat memukul Farid dan Adam. Farisya sudah mengalirkan air mata, tidak tahu nak buat macam mana lagi. Kedua lelaki yang cukup rapat denganya dipukul dengan teruk, semata-mata ingin menyelamatkanya. “kau lepaskan diaorang setan!” marah Farisya dalam tangisanya sambil sedaya upaya menarik tangannya dari genggaman. Perkataan yang paling di bencinya, kini terpaksa keluar laju dari mulutnya, tidak tahan melihat keadaan sebegini.  Zana dan Dila sudah berlari ke taman perumahan guru, meminta bantuan. Ecah pula ke pak guard meminta tolong.

“kau panggil aku apa tadi.” Khairul rasa tercabar, dia memandang Farisha dengan penuh kebencian. Sayang yang bermukin di hatinya kini bertukar benci. “kau  ulang lagi!” tekan Khairul kepadanya.

“aku panggil kau setan!, puas hati!” Farisya melantukan voltan suaranya seberapa kuat, supaya lelaki di hadapanya dapat mendengar dengan jelas apa yang baru dikatakanya.

“pangggggggg” satu tamparan hinggap di pipi Farisya. Terkejut mereka yang berada di situ. “woi! Kau memang layak dipanggil setan!, lelaki dayus je yang pukul perempuan.” Laung Farid sedaya upaya melepaskan diri. Khairul yang mendengar hanya ketawa, lucu kerana dia perlu berebut cinta Farisya dengan dua orang lagi lelaki di hadapanya.

“kau pun suka dekat Farisya kan. Sanggup rampas kekasih sahabat sendiri.” Khairul menambahkan bara ke atas api yang sedang marak menyala. Farisya sudah pun memegang ppinya, perit terasa. “tapi sekarang aku dah tak kisah, kau boleh ambil dia. Tapi sebelum tu..” Khairul memberhentikan kata, dia sekali lagi menampar pipi Farisya. “kau panggil aku setan kan. Sekarang kau tengok setan ni mengamuk.” Kata-kata keras Khairul dilemparkan.


            “woi bangsat! Sejak kecil Farisya tak pernah kena pukul.” Tepik Farid geram. Adam yang berusaha melepaskan diri terhenti. Kepalanya seratus peratus berpaling memandang Farid di sebelah. “begitu hebat cinta Farid pada Farisya, sampaikan kehidupan farisya turut di ketahuinya.” Fikir Adam dalam hati.

Semakin kuat Khairul ketawa, “kau tengok tu. Farid boleh tahu pasal Farisya lebih dari kau adam.” Sengaja Khairul menimbulkan perbalahan. Farisya sudah tak tertahan air matanya, mengapa semua ni harus berlaku. Dia tidak meminta semua begini, adakah ini ujian dari Allah padanya.

Khairul yang baru nak menampar Farisya sekali lagi kini sudah terjatuh ke lantai. Di pegang pipinya yang terasa perit di ditumbuk oleh Farid. Entah  bila lelaki tu berjaya melepaskan diri, dia sendiri tak perasan.

Kolar baju Khairul dipegang kasar oleh Farid. “perempuan yang  kau pukul ni ADIK aku, ADIK aku. Bangsat!” teriak Farid sambil melepaskan tumbukan pada muka Khairul. Hilang kawarasanya.

Ternyata kata-kata yang baru diucapkan Farid membuatkan Adam seaakan tidak percaya. Ecah yang baru tiba bersama pak gurd juga terhenti dari berlari mendapatkanya. Cikgu Zafuan bersama Dila dan Zana turut terkejut. Masing-masing membantukan diri memerhati Farid memukul teruk Khairul. Geng-geng Khairul sudah pun bertempiran lari di kejar pak guard.

Farisya memejamkan  matanya, jatuh berguguran air mata tanda syukur. Kata-kata itu sebenarnya yang ingin didengar sejak kecil, yang baru di ucapkan abangnya. Ya! Farid adalah abang kandungnya. Jika kejadian ini mampu  mengembalikan kasih sayang Farid padanya, dia rela andai dipukul seberapa banyak kali pun. Asalkan dia dapat mendegar sekali lagi Farid mengaku bahawa dirinya adalah adik kandungnya.

“Farid, sudah!” panggil cikgu lembut mendapatkan Farid yang tidak berhenti membelasah Khairul, sehingga lembik tak bermaya dibuatnya pada budak tu. Adam turut menghampiri. Farisya sudah berada di kalangan kawan-kawanya, tangisanya begitu syahdu malam ni.

Kringggggggggggggggg… loceng tamat persekolahan berbunyi nyaring. Seketika riuh pelajar belari keluar kelas. Masing-masing tak sabar nak balik. Sedang Farisya berjalan keluar kelas Farid menghampirinya dari belakang dan menarik beg yang di sandangnya. Sengaja mengusik. “abang!” marah Farisya sambil mengetap bibirnya, tanganya pantas membetulkan tali beg yang terlurut dari bahu. “sorry ok, tak sengaja.” Balas Farid sambil mengeyitkan mata nakal.

“farid!” laung Adam di hadapan mereka berdua. Farid mengangkat tangan pada Adam kemudian memandang farisya yang sudah pun tertnduk. “tu buah hati dah sampai.” Sakat Farid sambil menyiku lembut tangan Farisya. Tajam  pula jelingan maut yang ditunjukkan oleh adiknya itu. Ketawa Farid meletus, dia kemudian berlalu mendapatkan Adam yang hairan, kenapa dia tiba-tiba ketawa. Farisya yang memandang dari jauh, hanya mampu merunggus geram. Nasib baik abangnya itu dah tamat belajar, diaorang datang hari ni pun sebab nak mengambil result SPM. Abangnya dapat 12A1.  Berpeluang masuk ke maktab matrix.

Akhirnya Farid dapat membuang perasaan ego dan marah pada Farisya. Salah dia selama ni sebab marahkan Farisya atas kematian ibu mereka. Ibu mereka betarung nyawa melahirkan Farisya walaupun tahu dia akan kehilangan  nyawa. Farid yang  merasa kehilagan kasih sayang ibu cukup benci akan kehadiran Farisya, sebab itu mengapa dia suruh ayah hantar adiknya itu ke rumah atuk dan nenek. Kini dia sudah cukup dewasa menilai, adiknya itu tiada salah apa pun sebenarnya. Biarlah  kini dia menjaga adiknya itu dengan penuh kasih sayang, bagi membayar balik perbuatan salahnya pada Farisya sejak kecil.

Bangku yang terdapat di bawah pokok  kekabus berhadapan padang sekolah duduknya Farisya besama Adam. “saya hanya nak tahu jawapan.” Adam  meminta kepastian, matanya masih tegak memandang  padang di hadapan. “Farisya tak menolak, tak juga menerima. Ketentuan ini berat untuk diputuskan. Farisya akan menghadapi SPM tahun ni. yang itu Farisya fikir dulu. Biarlah ketentuan jodoh ni kita serahkan pada takdir.” Balas farisya lembut. Adam mengangguk, menerima keputusan Farisya dengan baik. Kerana cinta itu sendiri akan memilih untuk singgah di hati sesiapa. Kamu hanya perlu menerima kehadiran cinta itu dengan segala misteri didalamnya apabila ia datang mengetuk pintu hatimu.

THE END