Tuesday, July 3, 2012

CERPEN - Boys and Girls at School

Boys and Girls at School

          Kringgggggggggggggg….
Kedengaran loceng waktu rehat sudah berbunyi, beberapa pelajar sudah  mula menapak ke kantin untuk mengisi perut yang kosong. Masing-masing dengan wajah yang gembira membawa bekalan tidak kurang juga yang sudah mula beratur untuk mendapatkan  makanan yang pertama dari mak cik kantin.

Keriuhan mula kedengaran di tingkat bawah, tetapi tidak pada kelas 5 Alfat di tingkat dua. Wajah sesetengah pelajar menunjukkan ketidakpuashatian terhadap Farisha yang sudah pun bediri di atas kerusi. Tetapi bagi sebahagian yang lain sudah pun tersenyum nakal, puas hati dengan tindakan kawan mereka pada hari ni.

 “selagi kawan awak ni tak minta maaf dengan saya, jangan harap kamu semua boleh keluar rehat.” Garang lantunan suara cikgu Kamsiah, guru subjek matematik yang paling tidak disukai kebanyakkan pelajar dengan sikapnya. Kedengaran pula bisikan-bisikan sayu merayu kepada tuan yang bediri di kerusi supaya memohon maaf. Farisha serba salah, kalau nk di ikutkan apa yang dia buat pada cikgu Kamsiah hari ni tidak setimpal dengan apa yang telah cikgu tu lakukan kepadanya semalam dan hari-hari sebelumnya.

“ahhahaha, kena denda lagi budak ni”
Kedengaran pula pelajar darjah 6 yang baru keluar dari makmal ketawa mengejek. Telinga Farisha sudah panas, setiap hari kena gelak. Mata farisha tak lepas dari memandang setiap pelajar yang lalu di luar kelasnya. Merenung bagaikan harimau yang mencari sasaran untuk diterkam. Seketika melintas pula beberapa pelajar lelaki di sebelahnya, mata yang tadi membesar kini menjadi kecil, perasaan gah dalam diri tiba-tiba menjadi kerdil apabila berpandangan dengan seorang lelaki yang cukup dikenalinya, berpakain pengawas biru dan bersongkok. Renunganya bagaikan mempunyai ilmu sihir untuk memukau, serta merta Farisha mengalihkan pandanganya. “cikgu saya minta maaf!” laung Farisha pantas.

Peh!! Itu dia penangan ketua pengawas Farid Adlan Shah bin Ungku Zafran

Waktu rehat masih berbaki 10 mnit. Farisha sudah berpeluk tubuh, sedang besandar di pintu kelas sambil  tersenyum kecil. Entah apa yang bermain di fikiranya tiada siapa yang tahu. Dila, Zana dan Ecah sudah mula mencerna pemikiran yang logik akan situasi dalam kelas tadi, kenapa Farisha sanggup minta maaf  kepada cikgu Kamsiah. Mesti ada kaitan dengan ketua pengawas kegilaan ramai tu.

            “woi, kau ni aku tengok macam dah angau je dengan ketua pengawas sekolah kita tu.” tegur Ecah tidak dihiraukan. Dila sudah pun menyiku Zana menyuruh kawanya itu mengembalikan Farisha dari alam fantasi khayalanya. Segera tangan kananya mencuit pinggang Fariha. “eh! Hensem sungguh kau” latah Farisha membuatkan tawa mereka betiga sudah bederai. Farisha yang mengerti akan usikan kawan-kawanya sudah merah pipi akibat malu kerana melatah. Aish! Apa la yang kawan-kawanya ni fikir tadi. mesti diaorang ingat dirinya sedang memikirkan ketua pengawas glamor kat sekolah ni.

            “kau teringat dekat Farid ye tadi.” sakat Dila.
Ha! Kan aku dah cakap, mesti diaorang ingat aku sudah jatuh syok dekat senior mereka si Farid.

            “mana ada la, sesuka hati je buat ramalan sendiri.” Balas Farisya malas. Dia kemudian beredar ke arah TANDAS!!. Tercengang-cengang kawanya memerhati Farisya yang sudah pun berlalu pergi. Pelik sungguh, tadi gelagat macam sudah tangkap cintan sama si Farid, tapi kini macam  tak ada apa-apa pula. Begitulah  selalunya sikap Farisha kalau dikaitkan dengan Farid.
“biarlah diaorang tak mengerti.” Bisik hati kecil Frisha di hadapan cermin besar yang bersebelahan bilik guru.
Kringggggggggggggggg, waktu rehat sudah pun tamat.

4 tahun berlalu…
           
            Dewan masih kedengaran riuh dengan pelajar-pelajar baru tingkatan 3. Hari pertama orentasi bagaikan malapetaka bagi mereka berempat. Siapa lagi kalau bukan Zana, Dila,Ecah dan Farisya!. Ecah sudahpun menggaru kepalanya yang tak gatal, menahan bingit bising di sekitarnya. Dila masih dengan undang-undangnya sendiri membawa henfon untuk bermain game. Zana sedang membetulkan tali kasutnya yang tercabut semasa belari dari asrama ke dewan. Farisya pula asyik terleka dengan alunan lagu Baby dari Justin Bieber di telinganya, earphone telah pun berjaya diseludup di dalam tudungnya, itu satu kelebihan. Matanya pula meliar mencari seseorang di barisan hadapan. Senior ataupun lebih mudah dengan gelaran fasilatator sudah bediri di hadapan pentas, hanya setengah. Masih ada beberapa senior lagi yang belum tiba.

            “tak kan  la dah mula cari mangsa kut.” Sakat Dila pada Farisha. Tahu maksud mangsa yang diucapkan kawanya itu membuatkan dirinya hanya tergelak kecil.

“tak terpikir langsung, korang tu yang lebih-lebih.” Farisha membalas sambil membetulkan kedudukan earphone di telinganya. “selalu jual mahal.” Bebel Zana pula. “belum masa lagi la, lagipun hal ni bukan penting. Tak ada dalam  subjek kat sekolah  pun” bidas Farisha menyedarkan kawan-kawanya. “memang la tak penting, ni hobi diwaktu lapang.” Ecah pula besuara mengeluarkan pendapatnya. Seperti biasa kawan yang berdua tu akan mengangguk mengiakan. “eh!, yang senior berbaju kelabu  tu, smart lor.” Zana besuara ceria. “mana-mana?” serentak pula Ecah dan Dila bertanya. Farisya hanya mampu menggelengkan kepala seraya tersenyum.

Tak sangka, waktu telah berlalu terlalu pantas…

“Hari pertama orentasi dah mula buat perangai, memang tak takut disiplin langsung. Kamu semua sengaja nak kena denda ke?” tanya salah seorang senior yang berbaju T berkolar bewarna ungu tua. Badanya tegap macam ahil kelab taekwondo, lagaknya seperti ayah yang marahkan anaknya kerana berbuat salah. Mereka berempat menundukkan wajah, tak tahu mana nak sorok muka akibat malu. Salah mereka juga kerana  ponteng perbarisan orentasi dan duduk melepak di belakang blog kantin sekolah. Kan sudah kantoi dengan fasilatator yang memegang jawatan disiplin.

“Adam! Sudah la. Biar aku uruskan mereka. Dekat dewan  memerlukan  kau sekarang ni.” celah seorang lelaki yang tiba-tiba datang dari belakang mereka berempat. “elok la tu, abang serahkan korang dekat ketua MPP sekolah  ni.” Adam besuara lantang sambil menepuk bahu sahabatnya yang baru sampai itu, kemudian berlalu meninggalkan mereka di situ. Di tengah terik panas matahari tengah hari. Cari nahas sendiri, elok-elok orang bagi beteduh di dalam dewan, galak pulak wat undang-undang sendiri tanpa hadir ke perbarisan. “abang?” soal mereka berempat dalam diam. Farisha sudah buat muka ingin termuntah mendegar kata-kata senior yang menggelarkan diri sendiri dengan panggilan abang. Menyampah!

“korang lagi!, hebat sungguh persahabatan korang sampai masuk  ke sekolah ni pun sama-sama.” Lelaki yang dikenali sebagai ketua MPP tu besuara datar sambil kedua tanganya dimasukkan ke dalam kocek seluar. Serentak itu mereka berempat mengangkat muka dan melihat seseorang yang  mereka kenali suatu masa dulu. Ternyata pertemuan ini membuatkan Dila, Ecah dan Zana bagaikan tidak percaya. Tetapi tidak bagi Farisha. Dia masuk ke sedolah ni pun di sebabkan lelaki di hadapanya. Ya! Siapa masih lupa akan ketua pengawas yang menjadi kegilaan ramai di sekolah rendah dulu, Farid Adlan Shah bin Ungku Zafran.

Mereka bertiga sudah memikirkan hal yang sama tentang Farisha dan Farid seperti zaman sekolah rendah, manakala bagi Farisha adalah  kosong. Entah! Fikiranya sukar untuk mencerna kan perasaan terhadap pertemuan semula di sini.

Bagi fikiran Farid pula, dia sendiri masih ragu-ragu dengan perasaanya.

Selesai menunaikan solat maghrib, mereka semua dikehendaki melaporkan diri di dewan. Antara tidak percaya mereka yang bergelar pelajar baru suatu ketika dulu kini sudah menjadi biasa akan tugas yang perlu dilakukan. Masa 6 bulan begitu pantas berjalan, sehinggakan mereka tidak sedar yang mereka akan menghadapi peperiksaan penting lagi beberapa bulan. Yup! PMR, yang menentukan titik aliran mana yang akan dipilih semasa menaiki tingkatan empat.

            “pening kepala la.” Adu Farisya sambil memegang kepalanya. Mereka berempat yang berjalan beiringan  ke dewan berhenti melangkah. “aku rasa kau dah  mula nak demam la.” Fikir Zana sambil meletakkan telapak tanganya ke dahi Farisya. Farishya hanya membiarkan, dia betul-betul tak larat sekarang ni. kepala pula terasa berat. “kalau macam tu, kau balik kolej puteri dulu la.” Cadang Ecah sambil mengambil kain telekung yang di pegang Farisha kemudian di masukkan ke dalam beg. “nak Dila bagitau kak Wawa ke, mana tahu dia ada ubat untuk sakit kepala.” Dila kemudian besuara. “tak apa la, aku ikut korang ke dewan. Takut aku sorang-sorang dalam kolej tu.” suara Farisya tenggelam timbul memberitahu. “eh! Budak ni, time sakit macam ni pun sempat takut lagi. Kalau kau dah  tidur, tak ada maknanya nak piker benda-benda macam ni.” Marah Dila memberi nasihat. Farisya sudah tersengih seperti kerang busuk. Boleh lagi dia senyum dalam keadaan sakit macam ni. “aku n..” belum habis kata-kata yang ingin dicakap, Farishya sudah pun jatuh ke atas jalan raya. “Farisya!” tepik mereka bertiga menarik perhatian Adam dan Farid yang turut lalu di situ. Laju langkah mereka mendapatkan Farisya yang sudahpun ‘tidur’ di atas jalan raya.

            “macam mana boleh pengsan ni.” tanya Farid cemas sambil memangku kepala Farisya. Mereka yang berada di situ tidak menjawab pertanyaan Farid, malah pelik dengan kelakuan senior mereka tu. Gila! Sesuka hati dia ja memangku Farisya, walaupun berlapik tetapi keadaan macam  ni tetap diaggap tidak sopan. Adam yang berada di sebelah hanya memerhati tindakan berani Farid memegang dahi Farishya. Dia terasa, gadis yang di sukainya berada di dalam genggaman orang lain. Sepatutnya dia yang berada di tempat Farid. Tentang perasaan nya pada Farisya juga sudah diberitahu kepada Farid, tapi kenapa Farid seaakn lupa. “dia demam panas, panggil kak Wawa cepat!.” Sedikit tinggi suara Farid membuatkan mereka tersedar dari asyik memerhati. Zana dan Ecah belari mendapatkan kak Wawa,  ketua warden kolej puteri yang berada di dewan.

            “Gila, gila, gila…” Ecah besuara sambil berulang-alik di hadapan Zana dan juga Dila. Farisya yang baru tersedar sebentar tadi mengerutkan kening tanda tidak faham kelakuan kawanya itu. “apa yang gila?” tanya Farisya setelah mendapat kekuatan untuk besuara. Sudah la baru tersedar dari pengsan, pening-pening  ikan masih kekal di kepalanya. Kini kena tengok pula si Ecah membuat senaman ringan dengan belari ke sini sana, menambahkan sakit kepala.

            “You know wahat?” tanya Ecah mula berbicara.
“What?” Tanya Farisya pula tidak mengerti. Zana dengan Dila yang menjadi pemerhati dari tadi turut tidak sabar mahu  menyampuk dalam perbincangan mereka bedua. Ecah  mula melabuhkan duduk di birai katil Farisya dan mula becerita tentang kejadian saat dia pengsan sehingga sampai ke sini.

            “What?” Giliran Farisya pula terkejut beruk. Ok! Bukan beruk, Cuma terkejut macam tu ja. Pernah tengok beruk terkejut? Apa! Tak pernah, ok! Korang cari je la kat youtube, godek-godek tengok. Mesti ada. Ha! Macam tu la rupa si Farisya waktu tu.

            “Kan aku dah cakap,  kau  lagi terkejut kan.” Ecah besuara serius. Zana dan Dila hanya mengangguk. Seakan tidak percaya, Farisya sudah mula memandang ke syiling. Membayangkan keadaan yang diceritakan oleh Ecah tadi. “hahahhaha, alhamdulilah!” ketawa Farisya sambil menadah tangan, tanda syukur dan meraup mukanya. “hah!” kini mereka bertiga pula yang terkejut. Jatuh rahang bawah mulut tanda tidak percaya. Melopong.

            “Uit, kau ni. macam suka je. Bukan ke sepatutnya kau marah. Setahu aku kau pantang kalau orang lelaki bukan mahram kau sentuh badan kau?” soal Zana pelik.

Farisya sudah mula gelabah, merona merah pipinya seaakan baru lepas memakai pemerah ppi.

            “aku buat reaksi gembira ke tadi.?” soalan bodoh yang dikeluarkan oleh Farisya. Serentak ketiga-tiga sahabatnya mengangguk laju.

            “salah tu, reaksi tak sengaja. Aku tengah pikir benda lain tadi.” Farisya memberitahu untuk menutup keterlanjuran kata yang boleh menyebabkan kawan-kawanya salah faham.

Oooooooooooooo…… serentak pula mereka bertiga besuara. Lega.

Sementara di kolej putera, keadaan di bilik prep malam ni seaakan tidak berrnaya. Hanya beberapa orang pelajar sahaja yang berada di sini malam ni, sebahagian yang lain lebih senang memilih untuk menelaah pelajaran di perpustakaan. Farid yang sedar akan kelakuan Adam malam  ni, cuba mencari kata untuk bertanya. Adakah Adam marah akan perlakuan nya tadi terhadap Farishya?. Fikir logik akalnya.

            “kau marah dengan aku ke pasal kes Farisya pengsan tadi?” soal Farid memecahkan kebisuan antara mereka berdua sedari tadi. mata Adam yang menumpu pada buku teks pelajaran geografi beralih memandang kepada sahabatnya. Dia sendiri tidak tahu hendak memberitahu macam mana. Farid yang seakan memahami hanya tersenyum kecil.

            “kan aku dah beritahu  kau, aku tak kisah  kalau  kau nak jatuh cinta pada Farisya.” Farid memberhetikan kata, cuba mencari nafas. Dia kena bercakap ikut arus yang betul, takut nanti Adam akan salah faham. “tindakan aku tolong Farisya tadi hanyalah tindakan reflex, spontan. Cuba kau tengok situasi kalau  bukan Farishya, aku akan tolong juga. Sebab apa, aku kan ahli PBSM.” Terang Farid berhati-hati. Adam mula membuka minda, betul juga kata-kata Farid. Nampaknya dia sahaja yang mempunyai perasaan tidak baik. “aku minta maaf, aku terlalu ikutkan perasaan.” Adam memohon maaf. Menyesal mencurigai sahabat karib sendiri.

            “aku maafkan kau, lagipun aku tak ada perasaan pada Farisya. Dan kalau kau nak teruskan memikat hati dia, aku  setuju  seratu s peratus. Lagipun Farisya tu baik orangnya.” Farid memberitahu serius, seaakan memang dia yakin sangat Adam akan menjaga Farisya.

            “Cara kau cakap, macam dah  lama kenal Farisya.” Soal Adam  pelik. Sebenarnya soalan ni sudah lama ingin ditanya pada sahabatnya itu, tetapi baru hari ni terluah. Dia pelik juga, macam mana Farid boleh tahu akan kelakuan Farishya.

            “aku kenal dia dari kecil lagi.” Balas Farid selamba seraya tersenyum manis.
Rahang bawah Adam jatuh. Tidak percaya.
            “kau kenal Farishya dari kecil? Biar betul” Adam besuara menahan  tawa. Lucu, rupanya si Farid dengan Farisya ni saling berkenalan.
            “junior masa sekolah rendah.” Kata-kata Farid sekali lagi membuatkan nya terganga.

Farisya keseorangan duduk di bangku bawah pokok kelapa, yang terdapat di taman kecil sudut bangunan bersebelahan  kantin. Buku Tamadun Sejarah berada di genggaman, dia kena pulun habis-habisan menelaah. Hari ni adalah hari terakhir peperiksaan sebelum petang ini dia berangkat balik ke rumahnya. Cuti selama seminggu ni memang ditunggu-tunggu. Ayahnya sudah berjanji akan membawa dirinya dan keluarga bercuti di Pulau Pangkor.
            “Demam dah  kebah?” tanya seorang lelaki yang tiba-tiba menghampirinya dari belakang. Farisya tdak tahu  hendak membalas, masih ada perasaan terkejut bercampur gembira. Entah! Sukar mentafsirkanya. Akhirnya dia hanya mengangguk kecil bagi menjawab soalan Farid yang kini sudah duduk berhadapan denganya.
            “baguslah, abang cuma nak sampaikan salam Adam pada Farisya.” Farid besuara lagi. Farisya mengangguk laju. “waalaikummusalam.” Jawabnya pelahan. Dia tidak terkejut akan pemberitahuan salam tu, tetapi terkejut dengan lelaki di hadapanya ini membahasakan dirinya sebagai abang. Mungkin dia memang tak ada perasaan lain, ye la. Farid kan senior, memang layak pun digelar abang kan. Fikir Farisya dalam diam.

            “petang nanti balik ayah ambil.” Farisya memberanikan diri besuara, dia rimas apabila duduk berdua tetapi tiada sebarang topik yang ingin dibincangkan. Giliran Farid pula mengangguk cuma. Belum sempat Farid ingin bertnya lebih lanjut, cikgu Zahidan sudah pun memanggilnya untuk membantu di dalam  makmal. Kini Farisya kembali beseorangan. Gembira, tanpa sedar bibirnya menguntum senyuman seikhlasnya.

Farisya dan rakan-rakanya melangkah keluar dari dewan peperiksaan dengan wajah yang gembira. Akhirnya mereka semua boleh rehat dari memikirkan segala macam ‘rencah masakan’ yang penting. Cuti pertengahan tahun ni memang memberi peluang mereka untuk menikmati rehat secukupnya sebelum  mereka kembali ke sekolah dan berhadapan dengan peperiksaan yang lebih besar. Ya! Peperiksaan PMR.

            “jumpa masa naik sekolah  nanti.” Serentak mereka berempat besuara, dan kini masing-masing membawa haluan.

 Kereta lanser hitam berhenti di gerai yang berhampiran. Farisya yang berada di dalam kereta membuka tingkap dan  memandang  rumah banglo yang terletak indah di atas bukit. Ditatapnya lama, sekali lagi dirinya kembali ke rumah itu. Rumah di mana menjadi tempat lahir, di mana dia mengenal erti kehidupan dan zaman kanak-kanak riang. Cuma yang membezakan dia sudah lama tidak pulang, sejak duduk dengan atuk dan nenek di kampung.
            “welcome home sweet home.” Abangnya yang turut keluar dari kereta berkata pelahan di sebelahnya. Terukir senyuman manis Faisya memandang lelaki yang begelar abang.

            “anak ayah dah balik, sorry sebab tak dapat ambil dekat asrama. Ayah ada meeting penting tadi.” seorang lelaki dalam lingkungan 50 an sudah pun berada di muka pintu memandang mereka bedua. Pantas kaki Farisya atur ke  arah  lelaki yang masih berkot, mungkin baru balik dari meeting seperti katanya tadi. di salamnya lelaki yang bergelar ayah, sudah lama dia tidak bermanja begini. Rindu pula rasanya. “tak apa, abang kan ada.” Jawab Farisya pelahan sambil melihat abangnya berlalu pergi ke tingkat atas. Pembantu sudah pun membawa beg pakainnya dan dia beiringan masuk ke dalam rumah besama ayah tercinta.

            “puteri nak minum apa, biar mak Mah buat.” Pembantu rumah yang sudah lama berkihmat di rumah ayahnya besuara. Farisya tersenyum kelat, sudah lama gelaran puteri itu tidak berpangkat kepadanya, kini setelah 15 tahun baru dia merasainya sekali lagi. “air apa-apa je la, tapi pastikan ada ais ye mak Mah.” Farisya mengigatkan. Pembantu rumah yang tengah memegang baju yang baru diambil dari ampaian  hanya mengangguk senang. “mak Mah tak akan  lupa kesukaan puteri kecil ni.” Balas mak Mah sambil berlalu ke dapur setelah  meletakkan baju-baju di dalam bakul. Selepas buat air, dia harus melipat pakaian dan menggosoknya pula. Begitulah rutin harian mak Mah di rumah. Memasak, mengemas, mencuci dan menggosok pakain sudah biasa dengan dirinya sejak isteri majikanya meninggal dunia.

Mata Farisya merenung ke arah bilik yang tertutup di tingkat 1. Abangnya masih berada di bilik, sama seperti dulu. Tidak turun seaindaya dia berada di bawah. Dia sedar itu, sebab itu mengapa dia tidak hairan. Tanpa sedar Farisya telah mengeluh pelahan.
           
 Hari pertama melangkah  ke sekolah  setelah bercuti panjang, membuatkan hati Farisya berlagu riang. Tidak seperti kawan-kawan yang lain, masih belum cukup bercuti katanya. Mungkin kerana sepanjang cuti dia telah memperolehi kasih sayang dari semua orang yang diperlukan PMR sudah pun lama berlalu, dan dia mendapat 9A1. Sengaja aliran Sastera yang dipilihnya, dia lebih suka dengan alam-alam  puitis ni. Wajahnya juga boleh dikatakan sentiasa murah dengan senyuman, sehinggakan kawan-kawanya sudah merasa dia disampuk dengan jin ‘cuti’. Adoi! Pandai-pandai saja mereka bertiga menyimpulkan keadaan. Fikir Farisya lucu menahan ketawa yang akan meletus pada bila-bila masa saja.

            “wei Farisya,  kau ingat tak lagi Khairul. Budak yang syok dekat kau tu la.” Tiba-tiba Dila besuara mengigatkan kepadanya lelaki itu. Dia kalau boleh tak nak dikaitan lagi dengan lelaki yang menyeramkan sebegitu. “kenapa dengan dia?” tanya Farisya acuh tak acuh. “dia suruh aku bagitahu  kau yang dia nak jumpa. Petang ni dekat kantin, katanya kalau kau tak datang dia akan sebarkan gambar ‘biru’. Mata Farisya sudah membulat tdak percaya. “dah gila agaknya budak tu. disampuk setan.” Marah Ecah meluap-luap. Zana hanya mampu menggelengkan kepala. gila! Gambar yang dimaksudkan oleh Dila itu gambar mereka semasa mandi di air terjun sekayu. Sewaktu mengikuti program perkemahan sekelas dulu. Jika gambar itu di sebarkan, memang mereka akan mendapat malu. Berani si budak Khairul tu tangkap gambar curi-curi mereka, sejak Khairul memiliki gambar tu mereka berempat selalu berhati-hati kalau beurusan denganya. Silap langkah, sekejap saja gambar yang berada di tanganya akan tersebar. Ugutan segebitu sememangnya di benci oleh Frisya, tapi apakan daya mereka untuk melawan. Kudrat wanita hanya mampu melawan mulut, tidak lebih daripada itu.

            “Apa kata kita bagitau  abang adam, sekurang-kurangnya kita akan selamat nanti.” Cadang Dila.
“tak boleh! Ni pertaruhan maruah kita, aku kalau boleh tak nak sesiapa yang tahu. Biarlah aku selesaikan sendiri. Aku pergi jumpa dia petang nanti.” Titik! Keputusan Farisya membuatkan mereka tiada kuasa untuk membantah cakap penolong kanan MPP sekolah.

Kelihatan khairul berpeluk tubuh  memandangnya. Keadaan  kantin tiada sesiapa waktu sebegini. Kebanyakkan pelajar masih belum balik memandangkan masih ada 1 hari lagi untuk memulakan kelas. Mak cik kantin juga belum datang, mungkin esok baru dibuka. Yang kelihatan hanya kawan-kawan Khairul seramai 5 orang, geng sekolah yang paling nakal.

Farisya menelan air liur, kecut perut di buatnya apabila dia beseorangan berhadapan dengan 6 orang lelaki. Macam  mana kalau sesuatu yang tak diingini berlaku, memang tindakan berani betul la. Padan muka! Kutuk Farisya pada diri sendiri dalam hati. Kelihatan Khairul sudah tersengih menampakkan lesung pipitnya. Hensem, tetapi tak serupa bikin dengan  perangai. Kalau cinta padanya tak kanlah sampai guna teknik kotor macam ni. marah Farisya dalam diam.

            “hah! Cakap cepat apa kau nak. Aku ada banyak lagi keje nak buat dari buang masa duduk dengan kau ni.” laung Farisya yang bediri tidak jauh daripada Khairul.

“amboi, garangnya cik Farisya kita ni. relax la sayang. Waktu masih muda.” Khairul berkata sambil menghampirinya. “waktu muda kepala hotak kau, dah nak dekat maghrib ni.” marah Farisya dengan bahasa kasar. Sudah tak tertahan amarahnya yang berbakul-bakul pada si Khairul. Mata Kahirul menculang tak percaya, tak sangka perempuan yang di sukainya Nampak manis, tetapi garang juga sebenarnya. Dia tertawa kecil.
            “ok la, aku Cuma nak cakap yang aku suka dekat kau. Sudi tak kau jadi kekasih aku. Oh ya! Lagi satu, gambar yang berada dekat tangan aku ni juga aku boleh bagi dekat kau. Tapi dengan syarat, kau  jadi kekasih aku.” Khairul memberitahu sambil menebarkan kepingan gambar yang berada di tangan ke hadapan  muka Farisya. Serentak itu Farisya pantas memegang gambar yang berada di tangan Khairul. “sampai mati pun aku tak ingin jadi kekasih kau.” Farisya memberitahu sambil tersenyum sinis dapat mengambil gambar-gambar yang berada di tangan Khairul.

“ingat tu, sampai mati tak akan pernah ada cinta pada kau.” Farisya mengulangi kata-katanya sekali lagi. Tetapi kali ni dengan nada yang lebih serius dan lantang mengingatkan.

Baru saja kakinya mahu melangkah pergi, tangan kananya sudah disambar oleh tangan keras Khairul, dicengkam tanganya tidak melepaskan Farisya pergi.

Mencelung mata farisya merenung tindakan berani Khairul.

            “woi! Lepaskan Farisya. Kau tak ada hak  nak pegang dia.” Marah Adam yang baru tiba besama Farid dan kawan-kawan Farisya.

“habis tu, kau ingat kau ada hak ke adam?” balas khairul laju. Farisya sedaya upaya menarik tanganya dari genggaman Khairul. Ecah, Zana dan Dila sudah takut, risau bercampur baur. Macam mana kalau sesuatu yang tak diingini berlaku pada sahabat mereka. Farid Nampak tenang, namun dalam  hatinya penuh dengan amarah. Tangan sudah di kepal, digenggam erat. Nak saja dia berlalu ke kahirul dan melepakan tumbukan pada muka Khairul. Berani sungguh perbuatan kurang sopan Kahirul pada Farisya.

Kawan-kawan Kahirul juga sudah mula menghampiri, kononya tunjuk ganster dengan menyokong di belakang ketua mereka.

            “sakit la bodoh!” tepik Farisya geram bila tak berjaya menarik tanganya dari genggaman Khairul.
“kau yang paksa aku buat cara kasar, kalau kau terima tawaran jadi kekasih aku kan. Dah senang.” Balas Kahirul lembut di telingan Farisya. Meremang  rasanya bulu tengkuk bila Kahirul begitu dekat dengan mukanya. Kang aku ludah juga muka budak ni. fikir Farisya di luar batasan akal fikiran.

Sebelum Adam, Farid terlebih dahulu sudah menumbuk muka Kahirul dan sekaligus genggaman tanganya melepaskan Farisya. “kurang ajar, budak macam kau ni memang layak ditumbuk.” Marah Farid pada Khairul. Serentak itu kawan-kawan Khairul sudah memegang badan Farid menghalangnya dari terus membelasah ketua mereka.

Khairul memegang bibirnya yang sudah berdarah, dadanya turun naik menahan amarah. Niat untuk membalas tindakan Farid terbantu bila Adam menahan dengan memegang tanganya.

“wah!, lagi sekor beruk nak tunjuk hero. Bikin panas je.” Gumam Khairul geram. Rancanganya gagal hari ni. satu das tumbukan  hinggap di pipi Adam membuatkan Farisya menjerit menyuruh berhenti. Dia yang tadi berada besama kawan-kawanya kembali berhadapan dengan Khairul. Adam juga kini sudah di pegang oleh budak-budak suruhan Khairul.

“masalah kau dengan aku, bukan dengan dua orang ni. lepaskan diaorang.” Laung Farisya geram di depan Kahirul. Lelaki tu hanya ketawa sinis sebelum kembali memegang tanganya. “kau ingat semudah tu. tak ada yang mudah dalam dunia ni, dan kalau untuk mendapatkan kau ia begitu sukar. Aku sanggup hadapinya juga.” Khairul membisikkan di Farisya. Serentak itu Farisya berpaling, menghalang mukanya dari bersentuhan dengan muka Kahirul.

“pukul je.” Arah Khairul pada kawan-kawanya, memberi peluang kepada mereka mengasah bakat memukul Farid dan Adam. Farisya sudah mengalirkan air mata, tidak tahu nak buat macam mana lagi. Kedua lelaki yang cukup rapat denganya dipukul dengan teruk, semata-mata ingin menyelamatkanya. “kau lepaskan diaorang setan!” marah Farisya dalam tangisanya sambil sedaya upaya menarik tangannya dari genggaman. Perkataan yang paling di bencinya, kini terpaksa keluar laju dari mulutnya, tidak tahan melihat keadaan sebegini.  Zana dan Dila sudah berlari ke taman perumahan guru, meminta bantuan. Ecah pula ke pak guard meminta tolong.

“kau panggil aku apa tadi.” Khairul rasa tercabar, dia memandang Farisha dengan penuh kebencian. Sayang yang bermukin di hatinya kini bertukar benci. “kau  ulang lagi!” tekan Khairul kepadanya.

“aku panggil kau setan!, puas hati!” Farisya melantukan voltan suaranya seberapa kuat, supaya lelaki di hadapanya dapat mendengar dengan jelas apa yang baru dikatakanya.

“pangggggggg” satu tamparan hinggap di pipi Farisya. Terkejut mereka yang berada di situ. “woi! Kau memang layak dipanggil setan!, lelaki dayus je yang pukul perempuan.” Laung Farid sedaya upaya melepaskan diri. Khairul yang mendengar hanya ketawa, lucu kerana dia perlu berebut cinta Farisya dengan dua orang lagi lelaki di hadapanya.

“kau pun suka dekat Farisya kan. Sanggup rampas kekasih sahabat sendiri.” Khairul menambahkan bara ke atas api yang sedang marak menyala. Farisya sudah pun memegang ppinya, perit terasa. “tapi sekarang aku dah tak kisah, kau boleh ambil dia. Tapi sebelum tu..” Khairul memberhentikan kata, dia sekali lagi menampar pipi Farisya. “kau panggil aku setan kan. Sekarang kau tengok setan ni mengamuk.” Kata-kata keras Khairul dilemparkan.


            “woi bangsat! Sejak kecil Farisya tak pernah kena pukul.” Tepik Farid geram. Adam yang berusaha melepaskan diri terhenti. Kepalanya seratus peratus berpaling memandang Farid di sebelah. “begitu hebat cinta Farid pada Farisya, sampaikan kehidupan farisya turut di ketahuinya.” Fikir Adam dalam hati.

Semakin kuat Khairul ketawa, “kau tengok tu. Farid boleh tahu pasal Farisya lebih dari kau adam.” Sengaja Khairul menimbulkan perbalahan. Farisya sudah tak tertahan air matanya, mengapa semua ni harus berlaku. Dia tidak meminta semua begini, adakah ini ujian dari Allah padanya.

Khairul yang baru nak menampar Farisya sekali lagi kini sudah terjatuh ke lantai. Di pegang pipinya yang terasa perit di ditumbuk oleh Farid. Entah  bila lelaki tu berjaya melepaskan diri, dia sendiri tak perasan.

Kolar baju Khairul dipegang kasar oleh Farid. “perempuan yang  kau pukul ni ADIK aku, ADIK aku. Bangsat!” teriak Farid sambil melepaskan tumbukan pada muka Khairul. Hilang kawarasanya.

Ternyata kata-kata yang baru diucapkan Farid membuatkan Adam seaakan tidak percaya. Ecah yang baru tiba bersama pak gurd juga terhenti dari berlari mendapatkanya. Cikgu Zafuan bersama Dila dan Zana turut terkejut. Masing-masing membantukan diri memerhati Farid memukul teruk Khairul. Geng-geng Khairul sudah pun bertempiran lari di kejar pak guard.

Farisya memejamkan  matanya, jatuh berguguran air mata tanda syukur. Kata-kata itu sebenarnya yang ingin didengar sejak kecil, yang baru di ucapkan abangnya. Ya! Farid adalah abang kandungnya. Jika kejadian ini mampu  mengembalikan kasih sayang Farid padanya, dia rela andai dipukul seberapa banyak kali pun. Asalkan dia dapat mendegar sekali lagi Farid mengaku bahawa dirinya adalah adik kandungnya.

“Farid, sudah!” panggil cikgu lembut mendapatkan Farid yang tidak berhenti membelasah Khairul, sehingga lembik tak bermaya dibuatnya pada budak tu. Adam turut menghampiri. Farisya sudah berada di kalangan kawan-kawanya, tangisanya begitu syahdu malam ni.

Kringggggggggggggggg… loceng tamat persekolahan berbunyi nyaring. Seketika riuh pelajar belari keluar kelas. Masing-masing tak sabar nak balik. Sedang Farisya berjalan keluar kelas Farid menghampirinya dari belakang dan menarik beg yang di sandangnya. Sengaja mengusik. “abang!” marah Farisya sambil mengetap bibirnya, tanganya pantas membetulkan tali beg yang terlurut dari bahu. “sorry ok, tak sengaja.” Balas Farid sambil mengeyitkan mata nakal.

“farid!” laung Adam di hadapan mereka berdua. Farid mengangkat tangan pada Adam kemudian memandang farisya yang sudah pun tertnduk. “tu buah hati dah sampai.” Sakat Farid sambil menyiku lembut tangan Farisya. Tajam  pula jelingan maut yang ditunjukkan oleh adiknya itu. Ketawa Farid meletus, dia kemudian berlalu mendapatkan Adam yang hairan, kenapa dia tiba-tiba ketawa. Farisya yang memandang dari jauh, hanya mampu merunggus geram. Nasib baik abangnya itu dah tamat belajar, diaorang datang hari ni pun sebab nak mengambil result SPM. Abangnya dapat 12A1.  Berpeluang masuk ke maktab matrix.

Akhirnya Farid dapat membuang perasaan ego dan marah pada Farisya. Salah dia selama ni sebab marahkan Farisya atas kematian ibu mereka. Ibu mereka betarung nyawa melahirkan Farisya walaupun tahu dia akan kehilangan  nyawa. Farid yang  merasa kehilagan kasih sayang ibu cukup benci akan kehadiran Farisya, sebab itu mengapa dia suruh ayah hantar adiknya itu ke rumah atuk dan nenek. Kini dia sudah cukup dewasa menilai, adiknya itu tiada salah apa pun sebenarnya. Biarlah  kini dia menjaga adiknya itu dengan penuh kasih sayang, bagi membayar balik perbuatan salahnya pada Farisya sejak kecil.

Bangku yang terdapat di bawah pokok  kekabus berhadapan padang sekolah duduknya Farisya besama Adam. “saya hanya nak tahu jawapan.” Adam  meminta kepastian, matanya masih tegak memandang  padang di hadapan. “Farisya tak menolak, tak juga menerima. Ketentuan ini berat untuk diputuskan. Farisya akan menghadapi SPM tahun ni. yang itu Farisya fikir dulu. Biarlah ketentuan jodoh ni kita serahkan pada takdir.” Balas farisya lembut. Adam mengangguk, menerima keputusan Farisya dengan baik. Kerana cinta itu sendiri akan memilih untuk singgah di hati sesiapa. Kamu hanya perlu menerima kehadiran cinta itu dengan segala misteri didalamnya apabila ia datang mengetuk pintu hatimu.

THE END











            

No comments:

Post a Comment