Kes cinta
Hujan turun membasahi bumi, memberi harapan kepada segala tumbuhan yang hidup untuk terus mekar dan mendamaikan alam yang semakin pupus dimamah segala keganasan. Dari penerbangan yang berluasa dan hakisan bukit bukau, semuanya menyebabkan kepanasan global yang meningkat tinggi suhunya. Bunga-bunga yang terdapat di kawasan hospital seaakan tersenyum riang, menari mengikut arus aliran angin yang menyapa. Keadaan sunyi di ruang hadapan kaunter hospital, tidak ramai yang mendaftar masuk. Beberapa jururawat kelihatan berulang alik ke setiap wad, memastikan pesakit mereka berada dalam keadaan yang selesa.
Derap kasut tumit tinggi melantunkan volume yang sederhana kuat, melangkah seaakan sedang mengejar masa. Dari kasut naik ke kaki, empunya diri memakai kain kembang labuh yang bewarnakan ungu muda, dipadankan dengan baju feminim berlengan panjang putih bersih. Diteliti pada wajahnya, bibir kecil yang hanya tercalit sedikit lim bam pink, wajah mulus putih terselah setelah mengenakan pemerah ppi yang nipis. Berkaca mata hitam dan bertudung sedondon warna kain yang dipakainya. Terhenti langkahnya di hadapan pintu besar hospital.
Farisya mengeluh geram. Tangan kiri yang memegang beg tangan jenama guess digenggam kemas menahan marah. Tapak tangan kanan yang berbalut kain putih di lihat sekali lagi. Diketap bibirnya, cuba menenangkan diri. Kalau bukan kerana kes orang gila yang perlu diselesaikanya, dia tak payah bersusah sampai begini sekali membahayakan diri. Satu keluhan kecil dilepaskan, tetapi kali ni dengan penuh berhati-hati. “ok Farisya! Tak baik merungut. Kerja amal macam ni banyak pahala. Ingat! Allah suka akan hembanya yang saling membantu, lagipun sifat sabar itu kan manis.” Farisya besuara pelahan mengigatkan dirinya. Terus langkah diayun ke kereta, tanpa menghiraukan hujan lebat yang menimpa dirinya.
Tapak tangan yang berbalut akibat tusukan pen yang tajam, terpaksa mengenakan 3 jahitan bagi menutup luka yang terbuka. Kejadian pagi tadi masih segar di ingatan Farisya, pergelutan yang menyebabkan dirinya tercedera, tetapi ini bukan kali pertama. Dalam tahun pertama dia berkidmat sebagai doktor pelatih pskitri di sini sudah 6 kali dia tercedera. Kereta swif merah metalik miliknya meluncur laju meninggalkan pengkaran hospital.
Farid yang sedang menonton rancangan CSI di astro 701 terganggu perhatianya apabila melihat Farisya melangkah masuk ke rumah dengan tangan berbalut. Dipandang wajah adiknya yang sedang menghempaskan diri di sofa bersebelahanya, sekilas ditengok memang kes berat kali ni.
“macam mana boleh luka ni?” soal Farid bimbang. Diteleknya tangan Farisya yang berbalut. “kena tusuk dengan mata pen la.” Adu Farisya manja. “eh! Doktor pun boleh luka juga ke?” soal Farid mengusik. Pantas sahaja bantal merah mendarat di tangan kananya, di pukul oleh Farisya. Meletus ketawa Farid, adiknya tu hanya buat muka bodoh. Malas melayan, dah biasa dengan perangai gila abangnya sejak dari zaman sekolah menengah lagi.
Farisya kemudian merebahkan dirinya ke sofa panjang, cuba melelapkan mata. Mengantuk seharian dengan fail yang berlambak ditambah lagi kes pagi tadi membuatkan dirinya letih sepanjang hari. Dia dibenarkan cuti selama 2 hari untuk berehat. Farid yang memerhati hanya tersenyum nipis melihat Farisya. Adiknya sudah matang untuk meniti kehidupan, tidak seperti dulu yang tahu hidup cuma untuk keseronokan. Walaupun sakit yang diterima, Farid tahu adiknya itu mampu hadapinya. Sudah jenuh dia menghadap muka Farisya yang dalam masalah, namun tetap dengan usahanya untuk tidak mengalah. Tabah sungguh diri adiknya yang sorang ni.
Farid kembali menonton rancangan kegemaranya, walau jam sudah menunjukkan pukul 5.18 minit petang. Kesempatan dapat balik awal dari pejabat menyebabkanya dapat berehat seketika. Ayah mereka belum balik dari pejabat, urusan besama syarikat luar Negara betul-betul membuatkan ayahnya itu sibuk sepanjang beberapa bulan ni, semuanya bagi memastikan segalanya berjalan dengan lancar. Dirinya pula hanya diperlukan apabila melibatkan perundingan dengan wakil dari luar Negara berkenaan urusan ekspot import kereta dengan syarikat mereka. Tanpa sedar dirinya turut sama tertidur di ruang tamu, membiarkan pelakon-pelakon drama hanya bermaharajalela tanpa penonton.
Farisya melangkah lemah ke meja makan. Sesekali dia menguap kecil dan tangan kananya menggosok mata, terasa mengantuk lagi. Mana taknya, lewat malam tadi dia tiba di rumah atuk. Dipaksa si Farid menghantarnya ke kampung malam tadi, nasib baik abangnya tu pun meminta kebenaran untuk cuti dengan ayah mereka.
“Baru bangun, solat subuh tak” soal nenek Piah sambil meletakkan goreng pisang yang masih panas di atas meja. “jepun datang menyerang nek.” Balas Farisya spontan, lalu duduk di meja. “hah! Apa kamu kata?” soal nenek Piah pula terpinga-pinga tidak mengerti. Farid yang mendegar ketawa tanpa dipinta, kesian neneknya kena kacau dengan otak gila adiknya.
“masalah wanita la nek.” Farid besuara dengan sisa tawanya, dia pantas duduk di sebelah Farisya yang sudah pun merebahkan kepala di atas meja.
Nenek Piah mula mengerti, kini dia pula tersenyum kecil. “betuah punya budak, kenakan kita”
“adik, abang nak cakap sikit ni.” Farid besuara sambil menyiku lengan Farisya. “mmmmm, apa dia?” Farisya bertanya malas, matanya masih rapat tertutup.
“tadi ada orang cari adik, katanya dia peguam keluarga pesakit yang adik cederakan semalam.” Soal Farid berhati-hati. “apa?” Farisya segera bangun dan memandang abangnya, cuba mencari kejujuran. Abangnya tu bukan boleh pecaya sangat. Tak pasal-pasal dia kena main lagi. Farid mengangguk, wajahnya serius.
“malam tadi peguam tu telifon, dia ajak jumpa. abang cakap la adik nak balik kampung. Lepas tu dia kata keluarga budak tu nak elesaikan kes ni cepat. Jadi abang bagi la alamat rumah atuk, katanya hari ni dia sampai sini.” Luah Farid
“Abang tipu yea, sengaja nak kenakan Farisya.” Farisya menyoal tidak percaya. Memang tak pecaya pun. Lagipun kes semalam, dia hanya pertahankan diri selepas kena tusuk dengan pen. Pesakit tu nak menyerang kali kedua, dengan kudrat yang ada dia menolak pesakit tu secara tak sengaja, menyebabkan pesakit tu jatuh dan kepalanya luka terhantuk di bucu meja.
Farisya sekali lagi memandang Farid, mencari kebenaran. Hatinya mula rasa cuak
“teserah la, jangan cakap abang tak bagi tahu pulak.” Farid kemudian berlalu ke ruang tamu.
“assalammualaikum.” Datang seorang lelaki yang lebih kurang tinggi abangnya, mukanya putih dan becermin mata. Berkemeja biru dan di tanganya terdapat kunci kereta. Farisya mendogak memandang ke arah rumah nenek. Kelihatan kereta Exora putih parking bersebelahan kereta Bmw hitam milik abangnya. Sah! Tu kereta si empunya badan yang berhadapan denganya. Dia ke peguam yang dicakapkan abang? Fikir Farisya dalam diam.
“assalammualaikum, tak jawab dosa.” Sekali lagi lelaki tadi menyapa Farisya yang kelihatan termangu memagang kain, ampain di belakangnya dibiarkan bertebangan kecil ditiup angin petang. Mata Farisya galak melihat empunya diri, entah kenapa timbul perasaan risau dalam dirinya. Habislah! Kalau betul dia ni peguam yang nak bawanya naik mahkamah. Mesti ketua pengarah hospital marah dan menyebabkan dirinya digantung kerja.
“ehem!” lelaki tadi batuk keras, menyedarkan Farisya.
“oh! Waalaikummusalam. Encik ni peguam kan?” soal Farisya pantas.
Lelaki tu mengerutkan keningnya, dia kemudian mengangguk pelahan. “macam mana Farisya tahu saya ni peguam?” soalnya lagi, pelik campur terkejut.
“Ooo, abang Farid cakap. Jadi betul la encik ni nak saman saya? Nak bawa kes semalam naik mahkamah?” soal Farisya bertubi-tubi.
Lelaki tadi meletus ketawanya. Farisya yang perasan dirinya terlalu ghairah bertanya, menahan malu. Aish! Sepatutnya bawa tetamu naik rumah dulu. Ini tak, tanya soalan maut terus, kan dah malu sendiri. Farisya hei! Kutuk Farisya pada diri sendiri.
“erk! Jemputlah masuk encik…”
“Adam Mahadi bin Roslan, panggil Adam je” lelaki tadi besuara pantas.
Farisya mengangguk kecil, dia lantas mengambil bakul yang sudah dipenuhi baju yang baru di ambil. “jemput masuk dalam rumah dulu encik Adam.” Pelawa Farisya lantas berlalu.
Baru setapak dia melangkah, dia berhenti. Hatinya berdebar-debar laju, lalu dia kembali berpaling ke belakang.
Adam sudah ketawa melihatnya, dan dirinya hanya tersenyum kecil. Fuh! Malu lagi beb.
Ruang tamu bergema dengan tawa Farid sama Adam. Farisya hanya menjeling abangnya tu. cis! Sampai hati kenakan adik sendiri, siap berpakat dengan member baik lagi tu. terkejut beruk dibuatnya bila Adam mula kenalkan diri tadi, tak sangka setelah 8 tahun kini mereka bertemu kembali. Itupun di kampung, gila agaknya Abang farid siap suruh Adam yang baru pulang dari bertugas di singapura untuk datang sini. Si Adam ni pun, suka sangat mengikut apa kata abangnya. “huh!” farisya merungus geram, dia lantas berlalu ke dapur. Membiarkan abangnya dan Adam ketawa sepuas-puasnya. Seronok la tu dapat mengenakanya.
“Farisya marah ke?” soal Adam berhati-hati. Dia mendapatkan Farisya yang tidak turun makan malam. Membawa diri duduk di pangkin hadapan sawah yang terbentang tidak jauh dari rumah atuk. Farisya menggeleng pelahan. Untuk apa dia marah, lagipun dia tahu, abangnya hanya begurau. Dan dia tak kisah pun sebenarnya, sewaktu mula-mula je rasa macam di permainkan.
“Habis tu kenapa tak nak makan malam sekali?” Adam bertanya pelik. Kalau bukan marah, sebab apa pula.
“tak ada selera.” Pendek jawapan Farisya. Dia memegang hujung tudung yang ditiup angin malam. Nyaman terasa walaupun sejuk mula mencucuk-cucuk badanya.
“sebab Adam ada ke, yang membuatkan Farisya tak ada selera nak makan?” soal Adam membuatkan Farisya segera berpaling memandangnya.
“eh! Tak ada la, jangan la cakap macam tu. tak ada pun perasaan tak selesa dengan Adam. Ni masalah lain la.” Jawab Farisya pantas, menghilangkan kesalafahaman yang bermukim di fikiran Adam.
“dah tu kenapa? Jepun datang menyerang ke?” soal Adam lagi.
Farisya sudah menjengkelkan matanya, ni mesti kerja si Farid abangnya tu. merona merah pipinya, walaupun tidak kelihatan sebab malam tetapi dia tetap rasa tak selesa.
“haish!” Farisya merungus, dia kemudian berlalu meninggalkan Adam.
Ketawa adam pecah juga. “hei farisya! Jangan tinggal Adam sorang kat sini.” Laung Adam kemudian mengejarnya. Farisya buat tak dengar, dia lajukan langkah kakinya.
Patut la Adam sanggup datang dari singapura ke sini, rupa rupanya abangnya Farid ingin mengumumkan hal penting pada mereka bedua. Minggu depan abangnya ingin menghantar rombongan meminang, ingin bertunang. Tak sangka langsung, diam-diam abangnya rupanya sudah ada calon isteri. Terkejut bukan kepalang Adam, sahabat karib sendiri tidak tahu sudah berpunya. Farisya lagi la bertambah hairan, abangnya tu hanya dilihat asyik tumpu pada kerja, bila ayah atau dirinya tanya tentang cinta, abangnya selalu mengelak. Kata dia “jodoh biar datang sendiri.” Bila masa pula abangnya tu pergi berdating? Farisya memegang kepalanya. Pening seh memikirkanya.
Akhirnya hari yang ditunggu tiba juga, sebentar lagi abangnya akan begelar suami orang. Farisya terpaksa mengalah melepaskan abangnya, terpaksa berkongsi kasih sayang dengan seseorang yang begelar isteri. Dia melihat abangnya segak berbaju melayu kelabu sedang ralit membetulkan samping di hadapan cermin. Bila dia perasan mata Farid sedang memandangnya, segera dia menundukkan wajah. Lebih selesa jika melihat hantaran yang terletaknya cincin di hadapan. Tidak mahu abangnya tahu apa yang menghuni fikiranya saat ini.
Farid menghampiri Farisya dan melabuhkan duduk di sebelahnya. Tangan kananya di bawa ke bahu Farisya, memeluk adik kesayanganya. “kasih sayang abang tak akan pernah berubah” luah Farid membuatkan air mata Farisya tanpa sedar mengalir lajur seperti air paip yang melimpah. Diketup mulutnya, menahan diri dari esakan tangisan kedengaran. Kepalanya di rebahkan ke dada Farid. Takut andai suatu hari nanti abangnya itu lupa, lupa untuk bermanja denganya, lupa memberi pinjam bahu untuk dirinya menangis kesedihan, lupa nak berkongsi cerita padanya.
Adam yang berada di pintu bilik hanya tersenyum nipis, manja sungguh Farisya dengan Farid. Segera dia mendapatkan dua beradik tu, menghentikan drama tak berpengarah tu segera berhenti, kalau tidak bila masa pula diaorang nak bertolak ke rumah penganti perempuan. “Farid, ayah kau panggil. Semua dah besedia. Kau macam mana?” soal Adam, kononya tidak melihat Farisya yang sudahpun mengesat air matanya. “aku dah lama siap. Jom lah kita gerak.” Ajak Farid, Farisya sudah pun berlalu keluar terlebih dahulu. Farid melepaskan keleuhan kecil, Adam yang mengerti menepuk lembut bahu kawanya. Memberi semangat.
“aku terima nikahnya Dayana Irma binti Abdul Zahid, dengan mas kawinya 80 ringgat tunai” sekali lafas Farid membuatkan mereka yang berada di dalam masjid tersenyum lega. Pengantin perempuan yang duduk di sebeleh Farisya sudah mengalirkan air mata tanda syukur. Serta merta cahaya berkelip dari setiap arah, para wartawan dan juga jurukamera sibuk menyimpan memori indah pengantin di alam foto. Tak sangka, kakak iparnya adalah seorang pengacara di sebuah stesion televisyen Malaysia. Menjadi idola setiap peminat dengan kepetahan nya bercakap dan beramah mesra besama peminat. “farisya sini?” panggil Dayana lembut. Dia melihat adik iparnya tu semakin menjauh setelah diasak dengan para wartawan. Farisya menggeleng pelahan, dia malu untuk berada dekat dengan Dayana. Tanpa di sedari Dayana sudah pun menarik tanganya untuk turut besama dia dan abang Farid.
“selain para peminat, saya ingin ucapkan terima kasih pada seseorang yang sanggup berkongsi kasih sayang abangnya terhadap saya. Terima kasih pada Farisya.”Luah Dayana membuatkan mereka bedua berpelukan secara spontan. Laju lanser kamera merakamkan detik-detik istimewa di depan mata. Farid tersenyum puas, isterinya itu sungguh memahami. Selain sayang, sifat memahamilah yang membuatkan mereka serasi besama. Farid sudah pun menarik Adam untuk berada di sebelahnya. Malam ni adalah malam yang indah untuk dirinya kenang.
Setiba di rumah, farisya menguap keletihan. Sebaik keluar dari kereta swif miliknya, dia melihat Adam masih di rumahnya bila terpandang akan kereta Exora milik Adam. Ingatkan mamat ni dah balik. Bebel Farisya pelahan tanpa sedar.Beg tangan yang berada di bahunya terlurut pelahan ke tangan. Sebelah tangan nya lagi sudah memegang leher yang terasa sakit. Gara-gara Ucapan kak iparnya yang mengharukan, dia terpaksa berkalih sana-sini berposing apabila diminta para wartawan. Selain dikerjakan abangnya dan kak Dayana, mengherat Adam sama untuk terlibat. Akibatnya mereka bedua yang jadi pengapit pun sudah seaakan artis bila kamera tidak kurang aktifnya berfokus kepada mereka berdua. Haru betul!.
Nafas Farisya tak stabil, dadanya turun naik menahan debaran. Di pandangnya Adam yang sudah tersengih di hadapan. Kak Dayana, abang Farid serta Ayahnya tidak berkelip memandang Adam, seaakan tidak percaya dengan apa yang baru di sampaikan Adam.
“ulang balik Adam.” Arah mak Mah, pembantu rumah. Dia juga seaakan tak percaya. Ingin dengar lagi sekali apa yang baru di katakana Adam. Menginginkan kepastian bahawa dia tak tersilap dengar.
Adam menggosok pelahan lehernya sambil tersenyum nipis, malu pulak nak cakap untuk kali kedua. Tapi nak buat macam mana, reaksi diaorang semua seaakan tak percaya je. Dia bukan main-main, pekara ni hal serius. Kalau tak di beritahu dengan betul, haru akibatnya.
“saya nak tanya Farisya, sudi tak dia jadi isteri saya.” Laju meluncur perkataan itu keluar dari mulutnya. Perasaanya sama seperti tunggu masa nak jatuh dari puncak ketinggian gunung kinabalu. Seksanya menunggu jawapan, dan malunya kalau boleh nak balik sekarang juga.
Majalah Wanita terlepas dari tangan Farisya, matanya masih tidak beralih memandang Adam. Dayana sudahpun menyiku lengan suaminya dan mereka tertawa melihat Farisya. Ayah mereka pula sudah tersenyum senang. Berani sungguh budak Adam ni. fikir ungku Zafran. Mak Mah sudah bertepuk tangan, gembira mendegar khabar yang di sampaikan.
“eh chop!” Farisya bangun sambil tanganya digemgam seperti sedang memegang acuan tepung untuk digorang jemput. Ala, korang tak dapat bayangkan ke macam mana? Adeh! Macam mana nak terangkan ni. errrrr, ala! Cuba korang suruh mak atau akak korang goreng cekodok or jemput, perhatikan tangan diaorang masa nak masukkan adunan acuan dalam kuali panas. Macam tu la gaya tangan si Farisya pada si Adam.
Terhenti tawa Farid sama Dayana, ayahnya pula sudah menyandarkan diri ke sofa. Menunggu apa yang ingin diperkatakan oleh anaknya. Adam pula tak payah tanya la, gemuruh dalam dada.
“sesuka hati je tanya soalan macam tu. awak dah SEWEL ye?” tanya Farisya dalam gugup. Adam sudahpun bangun dari tempat duduknya. “saya tak pernah anggap pekara ini sebagai mainan. Saya ikhlas nak Farisya jadi isteri saya.” Adam besuara serius. Dia benar maksudkanya. Farisya sudah pun memandang ayah dan abangnya. Kelihatan mereka menyerahkan keputusan di dalam tangan nya. Dia kena buat keputusan sendiri.
“boleh! Farisya nak tengok dulu, sejauh mana Adam maksudkan dengan hasrat yang baru cakap tadi” farisya memberi kata putus. Adam sudah pun tersengih. Nampaknya dia akan menang dalam perjuangan ni. Ungku Zafran sudah mengangguk setuju akan keputusan anaknya. Farid dan Dayana tersenyum puas, senang dengan tindakan Farisya. Bijak dalam menilai situasi, itulah dia Doktor Farisya Hanani binti Ungku Zafran.
3 bulan berlalu…
Farisya mengeluh kecil sambil menanggalkan kot putih dari badanya. Diletakkan kot yang menjadi lambang kebangganya itu ke kerusi tempat duduknya dan dia menghempaskan diri berehat. penat dengan kes yang satu ni. kes di mana dia sukar untuk tentukan kesimpulan ubat untuk sakit sebegini. Sebelum ni tiada kes yang tidak dapat di selesaiknaya, cakap saja kes sakit apa. Kes Abnormal? Kes Disosiatif/somatora? Kes Skizofrenia? Kes Psikotik? Kes Hiperaktif? Kes Psikolinguistik? Kes Mental Organik? serta kes-kes lain yang memerlukan penyelesaian psikologi, semuanya dapat ditangani dengan baik. Tetapi kes ni susah sedikit mahu jumpa cara rawatanya, kata kawan-kawan di sini, kes macam ni diri kita sendiri kena merasainya baru boleh ketahui ubatnya. Kes yang paling berbahaya pada diri, tetapi akan menjadi normal kalau kita tahu untuk mengawalnya. Pening kepala Farisya memikirkan akan kes yang rumit ni, kes CINTA. Ya! Kes CINTA Adam pada dirinya. Kata orang lagi, kes Cinta ni kalau tak dirawat dengan sempurna akan menjadi melarat sehingga menimbulkan kesakitan yang lain.
Tok..tok..tok… kedengaran bunyi pintu bilik. Ha! Nampaknya kes CINTA datang lagi hari ini. fikir Farisya sambil tanganya yang lincah menulis maklumat pesakit tiba-tiba terhenti. “masuk.” Laung Farisya. Tahu siapa gerangan yang datang, kalau tak jururawat mesti para doktor yang lain pula jadi mangsa. Kalau tak ada, mesti mak cik clener atau pak cik kebun? Teka Farisya menahan tawa. Nah! Sangkaanya meleset sama sekali, hari ni kes Cinta tuan empunya badan datang sendiri. Kelihatan Adam di hadapanya. Bediri Farisya dari tempat duduknya tidak menyangka.
Farisya yang sedang menaip laporan berhenti tiba-tiba. Dia menarik nafas dalam-dalam dan melepaskanya pelahan. Memang berat kes nama CINTA ni.
“boleh tak kalau Adam jangan pandang Farisya macam tu. elok-elok Farisya minta masa 10 minit nanti jadi setengah jam pula.” Marah Farisya tanpa matanya beralih memandang Adam di hadapan mejanya. Menunggu dengan setia untuk keluar makan tengahari besama, malangnya dia datang terlalu awal. Sedangkan dirinya perlu menghabiskan laporan untuk di serahkan pada esok hari. Adam ketawa tanpa di kawal.
“macam mana, nampaknya Adam dah berjaya buat Farisya jatuh cinta dengan Adam kan?” soal Adam tanpa shortcut.
Farisya menggeleng pelahan sambil menutup skrin laptopnya. “nop! Belum berjaya.” Balas Farisya selamba. Dia lantas bangun mengambil beg tangan dan berlalu ke muka pintu. “cepatlah! Farisya dah lapar ni.” adu Farisya membuatkan Adam tersenyum kecil.
“ye la, kita pergi makan. Bakal isteri saya ni nak tambah berat badan. Tapi jangan melampau, takut nanti tak muat nak pakai baju pengantin.” Sakat Adam membuatkan Farisya memukul lenganya dengan beg tangan.
Sebelum keluar dari biliknya, Farisya memandang Adam yang berada di sebelah. “lagi satu, sudah-sudahla kes Cinta ni. sejak 3 bulan lepas, bilik saya ni penuh dengan bunga, rasa macam duduk dekat kebun bunga pula.” Farisya memberitahu sambil memandang kesemua bunga-bunga yang dihantar oleh Adam melalui posmen yang tak bertauliah. Namun begitu kesemua bunga tersebut di jaganya setiap hari, tidak pernah lupa untuk menyiram air pada bunga yang berada dalam pasu yang telah direka khas oleh para jurawat dan doktor di sini.
“cantik apa, bunga kan mampu memberi oksigen yang sihat. Sekurang-kurangnya boleh memberi kesihatan yang baik untuk peredaran darah bakal isteri Adam ni. supaya dia kelihatan segar dari kesibukan kerja, supaya dia gembira bila tengok bunga nampak wajah Adam” Adam besuara seaakan tak besalah. Farisya sudah menjeling padanya, pantas pintu di buka dan dia berlalu pergi.
Ketawa Adam meletus sambil mengejar Farisya. Tahu sangat, hati wanita tu sudah mula belajar untuk menerimanya. Ya dalam kes Cinta.
Selesai makan malam, Farisya duduk menonton telivisyen. Cartoon kegemaranya sedang ditayangkan, Totally Spy. Farid sudah memberi isyarat kepada isterinya untuk bertanya tentang kemajuan dalam kes CINTA yang dinamakan oleh adiknya tu. Ungku Zafran tiada di rumah, dia ke luar Negara untuk tanda tangan perjanjian sama syarikat di sana.
“farisya!” panggil Dayana berhati-hati. Dia duduk di sofa besebelahan besama Farid.
“mmm, ada apa kak?” soal Farisya tanpa mengalih pandangan dari kaca tv.
Alamak! Sam sudah kena culik dengan penjahat.
“memandangkan sudah 3 bulan, apa keputusan Farisya.” Tanya Dayana lebih berhati-hati
Ades! Clover tak sempat kejar kereta penjahat yang culik Sam, dia tersungkur ke jalan raya.
“Keputusan apa tu?” tanya Farisya kembali. Ralit sungguh dengan adengan kejar mengejar di tv.
Alex berjaya menjejaki kedudukan Sam. Segera diberitahu pada sahabatnya Clover yang sedang membetulkan rambut yang beserabut akibat jatuh tadi.
Dayana dan Farid saling berpandangan.
“keputusan sama ada nak terima Adam untuk jadi suami.” Farid pula bertanya tak sabar.
“oo, dah buat keputusan. Belum masanya!” balas Farisya bersahaja. Keningnya turut mengikut arus perlawanan antara Alex, Clover dan Sam yang berjaya dilepaskan terhadap penjahat.
“jangan biar Adam tunggu terlalu lama. Kesian dia, banyak dah dia buat untuk tawan hati Farisya. Tak kan usaha dia selama ni Farisya langsung tak perasan?” Dayana cuba menekan.
Tiba-tiba Farisya menepuk tangan gembira. 3 orang penyiasat kesukaanya itu berjaya menumpaskan penjenayah.
Dayana dan Farid mengeluh kecil, nampaknya lambat lagi si Adam tu nak jadi adik ipar mereka . Lantas kaki diatur melangkah ke bilik, penat sudah menarik perhatian Farisya.
Sementara di ruang tamu Farisya kaku di tempat yang sama. Memikir akan kata-kata terakhir kak Dayana tadi.
Di atas katil, Farisya tak dapat melelapkan mata. Memikir akan kata-kata kak Dayana padanya semalam. Deringan telifon telah memeranjatkanya, segera di capai telifon bimbit di bawah batal. Nama Adam muncul di skrin telifon, 1 mecej masuk. Segera tanganya menekan punat baca.
Jangan tanya kenapa Farisya yang Adam pilih. Adam sendiri tak ada jawapan, mungkin sudah suratan takdir yang menemukan kita kembali. Masih ingat akan kata-kata Farisya waktu kali terakhir kita jumapa? Ternyata takdir tu telah membawa hati kita untuk bertemu. Adakah Farisya tak percaya dan menolak keputusan yang telah di buat oleh ALLAH s.w.t?
Begitulah kata-kata Adam. Mecej itu dibiarkan tanpa balasan. Dia bangun dan membuka tingkap bilik, merenung bntang-bintang yang berkelipan indah. Bulan yang kelihatan malu untuk mengeluarkan zarah cahayanya pada malam yang gelap.bukan dia tak Nampak usaha Adam selama ini untuk menarik perhatianya. Bukan setakat bunga-bunga yang dikirim, Adam juga rapat dengan keluarganya, tak kisah bergaul semua orang, hormati orang tua, baik, prihatan, dan banyak lagi kebaikan dalam diri Adam telah di selidiknya. Dia lakukan pun sebab kes Cinta, ya! Kes CINTA yang menyesakkan fikiran.
Akhirnya Farisya kembali kepada petunjuk yang hakiki. Wuduk sudah membasahi anggota badan, di atas sejadah Farisya menyerahkan istiqarah cintanya. Memohon petunjuk dari maha kuasa, maha mengetahui dari segalanya. Sedangkan fikiranya sebagai manusia sentiasa terbatas.
Alunan ayat-ayat suci Al-Quran berlagu di bibirnya, berdoa untuk meminta kepastian dalam pemilihan. Supaya menghilangkan nestapa dalam diri, memberi jawapan dalam dia mencari makna sebenar erti Cinta pada diri.
Selama seminggu tahajud Cinta yang dilakukan, Farisya kini semakin yakin dengan jawapan yang diterima. Tidak kira melalui mimpi ataupun perasaan, semuanya sama. Memberitahu bahawa pekara yang di tanya kan kepada ALLAH suatu waktu dulu kini terjawab. Dia pasti sangat-sangat, kerana ia berada di atas satu CINTA.
Jejak-jejak langkah ku
Bagaikan lembaran waktu
Apakah ku masih bisa terus melangkah?
Serpihan hidupku
Kan ku bangun
Di atas satu Cinta…
Subahannallah! Aku mencintainya
Subahannalllah! Aku menyanyanginya
Dari ufuk timur
Hingga ke barat
Selalu di hatiku…
Selalu di hatiku….
“saya, Farisya Hanani binti Ungku Zafran menerima lamaran Adam Mahadi bin Roslan.” Farisya memberitahu pada seluruh ahli keluarga yang berkumpul, termasuk sekali Adam. Tiada kata seindah untuk diungkapkan Adam, lantas dia sujuk syukur. Berterima kasih pada yang maha Esa kerana telah mendegar dan mengabulkan doanya. “jagalah kenikmatan mencintai kekasihMU agar tidak melibihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMU. Jagalah rinduku padanya, agar tidak lalai merindukan syurgaMU.”
No comments:
Post a Comment